Halaman

20 Cara Jimat Duit

Semua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah dengan cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun jimat duit dengan membuat perancangan perbelanjaan (financial planning) berdasarkan kemampuan masing-masing. Sehubungan itu bagi memenuhi hasrat maka saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan duit anda dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit poket ‘lebih’ yang dapat menguntungkan anda.

1. Beli barang pada harga borong/pukal Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah. Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan. Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !

2. Beli barangan second hand @ lelong murah Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku second hand termasuklah di www.lelong.com.my Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene berhati-hati dan teliti.

3. Musim Promosi & Megasale Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda. Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.Bagi mereka yang nak wat bisnes part time di samping jimat duit prepaid boleh juga try Bisnes MyMode. Jika anda student IPT atau kolej ia boleh menjadikan anda kedai topup bergerak yang paling efisien. Malah anda boleh beli pakej italk dengan guna sistem mudah sms MyMode berbila masa saja tanpa susah payah jumpa tokei kedai. MyMode satu-satunya company jual topup yang dapat menyakinkan pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point mymode di ATM Maybank seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi mereka.

5. Kitar Semula / Recycle Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri. Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih bersih.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu. Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.

7. Beriadah di tempat awam Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya saja. Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung minggu, di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat. Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi. Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar tawaran bonus yang hebat ini.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja. Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan. Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

10. Masak & Makan di rumah Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

11. Rancang perjalanan & jimat petrol Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunakan kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana. Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.

12. Semak bil utiliti bulanan anda Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya. Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, better buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut lelama.

13. Jimat letrik & air Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu. Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaan sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari. Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka. Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak.Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga. Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.

14. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Contohnya saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical center seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara Specialist Center dan sebagainya. Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000 sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini. Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan ! Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 … Disamping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang lebih nilai untuk wang anda !

15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’ Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my .. Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak merugikan malah menguntungkan lagi.

16. Guna Kad Kredit dengan Bijak Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan.

17. Beli domain & hosting masa promosi Masa saya menulis ebook ini promosi masih berlangsung diwww.cgyhost.net iaitu salah satu provider yang sedang meningkat naik di Malaysia. Bayangkan domain harga serendah RM25 masa promosi yang mana anda diberi domain panel untuk point kepada memana hosting server yang telah anda pilih. Anda juga boleh beli di namecheap.com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon harga terendah.

18. Dial Up vs Streamyx Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan pakej Streamyx RM77 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti. Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat Ebiz part time.Malah boleh dapatkan pelbagai free stuff yang ada di RahsiaEbiz,TotallyFreebie , SassySue.Com dan banyak lagi...

19. Bayar Bil Online Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.

20. Berhenti Merokok Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain. Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda.

Kesimpulan Hakikatnya ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda daripada dibazirkan begitu sahaja. Ia bertitik tolak daripada kesedaran dan perancangan kewangan yang teliti. Walau apapun, rancanglah perbelanjaan anda dengan rasional. Teliti setiap aliran masuk dan keluar, adakah ia menepati bajet dan keperluan kita setiap hari ? Pastikan anda menyimpan ‘savings‘ sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda sebulan di dalam memana tempat pelaburan islamik yang menguntungkan. Jika anda mengalami masalah defisit atau hutang, ini bermakna perlukan penyelesaian yang lebih ketat supaya dapat menyelesaikan hutang anda dengan lebih tersusun Jangan lupa untuk memberi zakat dan bersedekah amal jariah kerana ia adalah salah satu rahsia tersimpan di mana Allah swt akan melipatgandakan rezeki bagi mereka yang menginfaqkan harta mereka ke jalan fisabilillah. Dengan ini semoga diharapkan semua tips-tips ini akan memudahkan anda merancang kewangan dengan lebih baik seterusnya memberi masa depan yang lebih berjaya. Sekian wassalam . Panduan Lain Boleh baca disini

Kelebihan Sony Xperia Z3 Compact




Sony Xperia Z3 Compact
smartphone terbaru dari SONY yang dikategorikan dalam segmen kelas menengah dengan spesifikasi sama seperti Sony Xperia Z3 hanya ukuran skrin yang lebih kecil. Sony Xperia Z3 Compact disediakan dalam 4 jenis warna diantaranya warna hitam,putih,orange dan hijau.

Sony Xperia Z3 Compact menggunakan skrin IPS LCD 4.6 inci dengan resolusi 1280X720 sebagai pemacu menggunakan prosesor snapdragon 801,Quad-core 2.5GHz,dengan disokong memori internal 16 GB,2 GB RAM.Sony Xperia Z3 Compact juga dilengkapi fungsi tahan air dan debu dengan IP 65/68.


Penampilan yang sangat premium dan elegan dari sony xperia z3 Compact bagaimana pendapat anda? mungkin ingin membeli smartphone ini lihat spesifikasi dan harga sony xperia z3 Compact dibawah ini…

Spesifikasi Sony Xperia Z3 Compact
  • Jaringan 2G GSM,GPRS 107kbps, EDGE 296kpbs
  • 3G HSDPA 48Mbps,HSUPA 5.8Mbps
  • 4G LTE, Nano-SIM
  • Kamera Utama 20.7MP,Autofocus,LED flash
  • Kamera Depan 2.2MP,1080p@30fps
  • Video 2160p@30fps, 1080p@60fps, 720p@120fps
  • Layar 4.6” IPS LCD Capacitive touchscreen,16juta warna
  • Resolusi 720×1280(~319ppi pixels,density)
  • Shatter proof Glass, Triluminos display, X-reality Egine
  • Wi-fi 802.11,dual-band,Wi-fi direct,DLNA, Wi-fi hotspot
  • Bluetooth v4.0 A2DP
  • MicroUSB v2.0(MHL 3) USB On the-go USB Hotspot
  • IP68 Certified,dust-proof and water resistant over 1meter and 30minutes
  • Androis OS 4.4.4 KitKat
  • Chipset Qualcomm MSM8974AC Snapdragon 801
  • Memory Internal 16 GB, 2GB RAM
  • Memory Eksternal microSD up to128GB
  • NFC, Radio FM
  • GPU Adreno 330
  • CPU Quad-core 2.5 GHz Krait 400
  • Baterai Non-removable Li-Ion 2600 mAh
  • Talktime 12 jam (2G) – 14 jam(3G)

Kelebihan Sony Xperia Z3 Compact
  • Memiliki sertifikasi dengan IP65/1P68 merupakan teknologi tahan air dan debu paling tinggi ketika ini
  • Menggunakan sistem operasi terbaru Android OS 4.4 KitKat tampilan antara muka lebih bagus dan banyak akan aplikasi yang tersedia di APP Store
  • prosesor Qualcomm Snapdragon 801 Quad-core 2.5GHz Krait 400 dan GPU adreno 330 gandingan yang sepadan sehingga kinerja sangat baik dan sangat lancar untuk main game HD kesukaan anda
  • Kamera utama 20.7MP sangat sesuai aktiviti fotografi dan untuk mengabadikan momen-momen istimewa anda
  • Konektifitas 3G HSDPA dan 4G LTE sehingga pelayaran internet anda akan lebih pantas
Kekurangan Sony Xperia Z3 Compact
  • Skrin dikira kecil untuk ukuran smartphone tablet
  • Harga yang dirasakan terlalu mahal

Harga terbaik untuk Sony Xperia Z3 Compact disini

12 jenis lawak jenaka yang perlu anda tahu

Semua orang di dunia ini sukakan lawak jenaka. Ia dapat membantu seseorang yang sedang menghadapi tekanan untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung. Tetapi pasti setiap orang berlainan mengenai penerimaan sesuatu lawak yang cuba disampaikan. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis lawak yang boleh diketegorikan. Saya akan menyenaraikan jenis-jenis lawak jenaka yang perlu anda ketahui untuk menambahkan lagi pemahaman mengenai cara penyampaian lawak jenaka itu sendiri. Ini adalah untuk mengelakkan terasa hati atau sebagainya.

Lawak kehidupan
Pasti anda pernah mengalami sesuatu yang teruk di dalam kehidupan anda. Tetapi, apabila ia dikenang atau diceritakan kembali, pasti akan mampu untuk membuat anda ketawa. Kebiasaannya lawak jenis ini berdasarkan pengalaman yang telah dilalui oleh penyampainya. Mungkian anda berada didalam keadaan yang sukar ketika melalui situasi itu, tetapi apabila anda telah berjaya melaluinya, ia mampu untuk menggembirakan hati anda.


Lawak Spontan
Lawak spontan adalah jenis lawak yang tidak dirancang, ia berlaku dengan sendirinya. Kebiasaannya, lawak ini terjadi pada masa yang tidak diduga tetapi amat bertepatan dengan situasi yang sedang berlaku.


Lawak slapstik
Pada kebiasaannya, lawak slapstik adalah jenaka yang berunsur pranks (mengenakan seseorang ) dalam bentuk fizikal ataupun mental. Ianya akan dirancang terlebih dahulu dan reaksi orang yang terkena tadi akan menjadi bahan ketawa.


Lawak sarkastik
Lawak sarkastik adalah berbentuk sindiran. Seseorang  akan dijadikan sebagai subjek untuk bahan ketawa tetapi ia disampaikan dengan cara kiasan. Berhati- hati dengan lawak seperti ini. Kerana bukan semua orang boleh menerimanya.


Lawak serius
Seseorang akan berlagak seperti sedang serius mengenai sesuatu perkara. Mereka tidak akan senyum atau ketawa sedikit pun sehinggalah lawak yang mereka cuba sampaikan berakhir. Apa yang menjadi masalah untuk lawak jenis ini adalah orang tidak tahu bila mereka serius atau tidak. Dikhuatiri orang lain akan tersalah tafsir sekiranya anda benar-benar berada didalam situasi yang sukar. Mereka akan menganggap itu sekadar jenaka.


Lawak bercakap besar
Pada kebiasaannya, seseorang yang tidak betul-betul mengenali orang yang suka bergurau seperti ini akan menganggap mereka berlagak, meninggi diri atau sebagainya. Dan kebenarannya, mereka tidak sama seperti yang difikirkan. Tujuan mereka berlagak atau bercakap besar hanyalah sekadar gurauan.


Lawak perbelanjaan orang lain
Mungkin anda sendiri gemar apabila salah seorang daripada rakan anda membeli sesuatu yang baru, anda akan mengenakannya terhadap perbelanjaan yang telah dilakukan. Niat sebenar anda bukanlah kerana perasaan dengki, iri hati atau sebagainya, ia hanya sekadar gurauan yang boleh membuatkan anda ketawa.


Lawak kotor
Ianya boleh berbentuk samaada dari segi perlakuan atau pertuturan. Sekiranya dari segi pertuturan, ia kebiasaannya berunsur lucah tetapi disampaikan dengan cara yang berselindung. Contoh dari segi perbuatan pula adalah seperti sendawa, membuang angin atau sebagainya.


Lawak budaya semasa
Lawak seperti ini biasanya dipengaruhi oleh kata-kata didalam sebuah filem, trademarak seseorang artis atau sebagainya. Ia akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran dan budaya paling popular ketika waktu itu.


Lawak diri sendiri
Ada juga sebahagian orang yang suka memperkatakan mengenai kekurangan diri sendiri untuk dijadikan bahan ketawa. Sekiranya di dalam kuantiti yang sedikit, ia tidaklah menjadi masalah. Tetapi sekiranya ia disampaikan secara berlebihan, ia mampu untuk mempengaruhi keyakinan diri seseorang.


Lawak ajukan
Seseorang akan cuba meniru gaya orang lain (kebiasaannya artis), atau hubungan lain seperti kawan, adik beradik dan sebagainya . Ia akan dilakonkan secara berlebihan sedikit untuk menjadikan sesuatu yang biasa itu menjadi suatu yang mampu untuk membuatkan orang lain ketawa.


Lawak senyap
Percakapan tidak dibenarkan. Hanya melalui perbuatan sahaja yang boleh dilakukan bagi menyampaikan sesuatu mesej yang mampu untuk membuatkan orang ketawa. Selain daripada itu, sesuatu gambar yang diambil menunjukkan reaksi lawak juga boleh dikategorikan sebagai lawak senyap. Contoh lawak yang paling best disini

6 Fungsi Baru iPhone 6 dan iPhone 6 Plus Berbanding iPhone 5s

Pada pengumuman Apple mereka telah mengumumkan iPhone generasi ke-enam mereka iaitu iPhone 6 dan juga versi phablet untuknya iaitu iPhone 6 Plus. Peranti terbaru mereka turut membawakan perubahan kepada model lain, selain akan disertakan iOS8 bersama-samanya. Sekiranya anda pengguna iPhone yang lama atau anda bercadang untuk mendapatkan iPhone terbaru ini, berikut merupakan perubahan yang dibawakan berbanding iPhone versi terdahulu.

240 Frame Per Second untuk video gerak perlahan
Sekiranya anda seorang yang suka merakam video menggunakan telefon pintar anda, fungsi ini sudah tentu menarik minat anda dalam menghasilkan video gerak perlahan. Dengan resolusi video setinggi 1080p, anda boleh merakam video gerak perlahan pada pilihan 120 frame per second atau 240 frame per second yang akan menampakkan lebih perincian terhadap video tersebut.


Optical Image Stabilization pada iPhone 6 Plus
Satu lagi fungsi yang bakal memberikan faedah baik kepada pengguna yang menyukai fungsi rakaman video mahupun pengguna biasa adalah penstabil optikal pada iPhone 6 Plus. Berbanding iPhone 5S dan iPhone 6 yang menggunakan penstabil berdasarkan perisian, kamera yang dibawakan iPhone 6 Plus mempunyai penstabil yang membantu menstabilkan rakaman oleh pengguna.


Cip Apple A8 dan M8 Motion Co-processor
Cip pemprosesan terbaru dari Apple ini merupakan kemaskini kepada A7 dan mempunyai empat teras. Berbanding cip pemprosesan yang lama iaitu A7, cip ini dikatakan hanya memerlukan 50% kuasa sekaligus menjimatkan bateri meskipun perlu menjana kualiti grafik yang tinggi. Apple juga mengatakan cip terbaru ini 25% lebih laju untuk pemprosesan manakala kualiti grafiknya 50% lebih baik berbanding A7. Melalui demonstrasi oleh pembangun permainan semalam, ia dikatakan mampu menjana sehingga 100 model dengan animasi pada sesuatu masa. Bagi anda yang inginkan iPhone untuk tujuan permainan video, sudah tentu iPhone 6 mampu menampung nafsu anda.
Sekiranya anda seorang yang membawa telefon bimbit anda untuk mengesan kecergasan anda ataupun menyangkutkan ia pada penyangga di basikal bagi mengesan aktiviti anda, dengan M8 Motion Co-processor merupakan cip kedua pada iPhone generasi ke-enam dan membantu anda menyukat segala data ini. Perkara ini sekaligus mengurangkan kegunaan bateri kerana cip ini sentiasa aktif dan boleh mengira bilangan tangga serta tekanan udara melalui barometer.


Paparan lebih besar dan Paparan Retina HD untuk iPhone 6 Plus
Buat pertama kalinya paparan iPhone dilebarkan berbanding dipanjangkan.  Paparan iPhone generasi ke-6 membawakan paparan Retina HD. Paparan iPhone 6 adalah sebesar 4.7 inci dengan 1334 x 750 pixel dan paparan iPhone 6 Plus pula membawakanskrin 5.5 inci HD penuh 1080p (1920 x 1080). Sekiranya anda berkira-kira untuk mempunyai iPad Mini namun mahukan fungsi telefoni, iPhone 6 Plus semestinya pilihan yang memenuhi kehendak anda.


Pada hemat saya juga, semasa saya menggunakan iPhone 5, tidak banyak peranti besar melainkan kelas phablet dan saya tidak sukakan phablet. Namun apabila pasaran peranti dengan skrin bersaiz 5 inci makin banyak dan saya mencuba peranti seperti Asus Zenfone 5 dan Oppo N1, saya kini merasakan iPhone 5 saya kecil. Pembesaran saiz baru ini semestinya turut ditunggu-tunggu peminat peranti iPhone.


Sokongan pembayaran Apple Pay
Google Wallet telah diperkenalkan sejak dari 2011 akan tetapi sejauh manakah impaknya pada hari ini? Itu menyebabkan Apple tampil dengan Apple Pay yang dilihat lebih praktikal digunakan bersama teknologi NFC dan Touch ID. Menggunakannya, pengguna boleh membuat pembayaran dengan mudah selain mana pihak Apple mengatakan ia lebih selamat berbanding penggunaan dompet biasa seperti hari ini. Menurut Apple, ia bakal disokong oleh sejumlah besar gedung-gedung ternama (seperti di Amerika Syarikat) dan bakal diperluaskan ke negara-negara lain pada masa akan datang.

Kuasa bateri yang lebih baik
iPhone generasi ke-enam turut membawakan kapasiti bateri yang lebih besar dan membawakan peningkatan hayat bateri yang lebih lama berbanding sebelumnya. Menurut Apple, iPhone 6 mampu bertahan sehingga 11 jam untuk pelayaran web melalui WiFi dan juga tontotan video melalui peranti ini. Pada penggunaan muzik pula, iPhone 6 memberikan ekstra 10 jam tambahan berbanding iPhone 5s, menjadikan ia mampu bertahan selama 50 jam untuk kebolehan dalam memainkan audio.
Peningkatan pada jangka hayat bateri iPhone turut dipertingkatkan pada iPhone 6 Plus yang mana mampu bertahan sehingga 12 jam untuk pelayaran web melalui WiFi. Dari segi kebolehan multimedia, iPhone 6 Plus dilihat bertahan lebih lama yang ia mana mampu memainkan muzik selama 80 jam dan video selama 14 jam.


Penutup
Dari segi spesifikasi, Apple dilihat tidak berminat untuk bertanding dalam ‘specification war’ dan iPhone 6 tidak sepatutnya dibandingkan dengan peranti selain iOS. Ia suatu yang tidak adil atas kerana cara sistem operasi iOS adalah berbeza, terutamanya dari segi penggunaan memori. Bagi saya, orang yang membandingkan iPhone dan telefon Android sebenarnya orang yang dibutakan dengan spesifikasi, berbanding melihat kelebihan pada pengoptimasian sistem operasi, kekuatan ekosistem, dan nilai eksklusiviti aplikasi iOS. Sekiranya anda seorang yang gilakan spesifikasi, iPhone (tidak kira generasi dulu, kini, dan selamanya) adalah bukan untuk orang seperti anda.
Kekuatan iPhone adalah terletak di aplikasinya, yang mana ia menawarkan user interface dan user experience (UI/UX) yang terbaik dalam mana-mana sistem operasi mudah-alih. Perkara ini boleh dilihat sendiri melalui aplikasi Facebook Paper dan Opera Coast yang hadir dengan grafik dan animasi yang intuitif dan saya yakin, kedua-dua aplikasi ini tidak akan berada di platform Android. iOS juga mempunyai beberapa aplikasi yang eksklusif seperti Mextures, Tangent, LoryStripes, dan Exbel yang menawarkan fungsi pengeditan gambar yang superior yang mana ia tidak akan dapat pada mana-mana sistem operasi lain. Satu lagi contoh aplikasi lain yang bakal membuka mata anda dengan iOS, cari dan muat-turun aplikasi Matter di App Store.


Satu perkara yang menjadi sebab ramai memilih iPhone adalah kekuatan kameranya. Saya tekankan bahawa megapiksel adalah bukan segala-segalanya tapi yang penting adalah teknologi lensa disebalik kamera peranti daripada Apple ini. Sebelum saya memakai iPhone, saya sendiri berasa cemburu melihat rakan-rakan saya yang mempunyai iPhone di Instagram yang mana gambar-gambar yang di hantar oleh mereka sangat tajam dari segi detail serta mempunyai kawalan warna yang sangat terang pada gambar yang diambil. Perkara ini dijayakan dengan sensor daripada Sony seperti Sony IMX145 yang mula digunakan sejak dari zaman iPhone 4s. Ia menawarkan kesan depth-of-field yang cemerlang pada peranti sekelasnya, sekaligus menawarkan hasil output yang terang dan sharp melalui penggunaan kamera daripada peranti ini.
Rata-rata pengguna setia iPhone juga amat berpuas hati dengan telefon mereka kerana ia hadir dengan sokongan kemaskini sehingga empat tahun lamanya. Kemaskini adalah suatu yang sangat penting bagi iPhone kerana ia bergerak seiring dengan penggunaan API yang dikeluarkan setiap kali pelancaran iOS versi baru. Perkara inilah menyebabkan mengapa ada sesetengah aplikasi di iPhone mempunyai lebihan fungsi berbanding aplikasi yang sama di platform-platform lain. Satu lagi menjadi kesukaan pengguna, kebanyakan aplikasi akan tiba di platform iOS terlebih dahulu berbanding di platform lain, seperti contoh aplikasi Hyperlapse daripada Instagram baru-baru ini.


Secara keseluruhan, Apple telah melakukan yang terbaik untuk iPhone 6 yang mana beberapa pengoptimasian telah dibuat berbanding iPhone generasi sebelumnya. Ia menawarkan saiz skrin yang lebih besar dalam sejarah peranti iPhone dan juga rekabentuk yang lebih nipis berbanding iPhone 5s sebelum ini. Prestasi keseluruhannya turut dinaiktaraf melalui penggunaan Apple A8 dan kamera 8-megapikselnya turut ditingkatkan dari segi teknologi sensor, demi menghasilkan output yang lebih terang, mapan, dan jitu berbanding generasi sebelumnya.
Ia juga menawarkan beberapa fungsi baru seperti Apple Pay iaitu mekanisma pembayaran yang bercirikan keselamatan tinggi melalui penggunaan Touch ID. Ia suatu yang bakal merevolusikan medium pembayaran atas kebolehannya yang lebih praktikal dan saya yakin, banyak pengeluar lain akan mengikut jejak langkah ini dalam mengoptimasikan mekanisma pembayaran NFC mereka.
Apapun, ia dilihat sebuah peranti yang berdaya saing dengan kebolehan sistem operasinya yang stabil, mudah-digunakan serta menawarkan pengalaman pengguna dan ekosistem yang terbaik dalam sejarah sistem operasi mudah-alih. Tawaran Terbaik dari Apple untuk anda Disini