Semua orang mahukan duit
lebih setiap bulan tak kiralah dengan cara apa pun termasuklah dengan
buat side income ataupun jimat duit dengan membuat perancangan
perbelanjaan (financial planning)
berdasarkan kemampuan masing-masing. Sehubungan itu bagi memenuhi
hasrat maka saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan
duit anda dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit
poket ‘lebih’ yang dapat menguntungkan anda.
1. Beli barang pada harga borong/pukal Beli barang secara pukal atau
pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau
memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis,
makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.
Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh
kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli
dengan club card lagi banyak penjimatan. Kalo beli di kedai runcit biasa
memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit
berbanding di pasaraya besar yang memang menyediakan banyak manfaat.
Jadilah pengguna yang bijak !
2. Beli barangan second hand @ lelong murah Contohnya seperti beli buku
second hand di paylessbook dekat Carrefour Subang Jaya atau memana
tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar
negara dengan harga yang jauh lebih murah, isi kandungannya lebih
penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan
yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web
lelong yang menawarkan jualan buku second hand termasuklah di www.lelong.com.my
Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi,
meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu boleh
cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak
kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene
berhati-hati dan teliti.
3. Musim Promosi & Megasale Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so
pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di
Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau
barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya
dua kali ganda. Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang
mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh
bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus
harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.
4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode Bagi mereka yang guna
handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih
murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di
dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama
ada handphone ke handphone atau sebaliknya.Bagi mereka yang nak wat
bisnes part time di samping jimat duit prepaid boleh juga try Bisnes
MyMode. Jika anda student IPT atau kolej ia boleh menjadikan anda kedai
topup bergerak yang paling efisien. Malah anda boleh beli pakej italk
dengan guna sistem mudah sms MyMode berbila masa saja tanpa susah payah
jumpa tokei kedai. MyMode satu-satunya company jual topup yang dapat
menyakinkan pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point mymode di ATM
Maybank seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi
mereka.
5. Kitar Semula / Recycle Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau
majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat
kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri. Sila rujuk web
kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket
lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih bersih.
6. Gunakan banyak Member/Privillege Card Member card ni lebih kurang
macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia
ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga
rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu. Jika
anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk
dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad
Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan
hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat
sumthing yang ada nilai.
7. Beriadah di tempat awam Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi
ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh
jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam,
boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah,
susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah,
di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma
kene bijak gunakannya saja. Di samping beriadah dan bersenam kita
jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging
di tasik perdana di hujung minggu, di samping dapat tengok alam yang
indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan
bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di
tempat awam.
8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan Nak berhibur tak salah, tapi
biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis
barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.
Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang
bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan
berinspirasi. Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda
kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar
tawaran bonus yang hebat ini.
9. Kurangkan makan di fast food restaurant Macam McDonalds, KFC, Pizza
hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa,
pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih
mahal dari restoran biasa, better rancang pemakanan dengan diet yang
sihat di samping jimat belanja. Begitu juga makan di kedai-kedai mamak
seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolestrol yang
tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai
yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan
kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah.
Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan
perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.
10. Masak & Makan di rumah Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo
teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak
sampai 40 sen pun segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain
makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang
tersusun di rumah.
11. Rancang perjalanan & jimat petrol Sekarang ni petrol dah mahal,
so kenalah bijak dalam menggunakan kenderaan terutamanya kereta. Bagi
mereka yang gunakan bas perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak
nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar
rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam
sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum
balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana. Jika kuar ujung minggu,
selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo sempat. Manakala hari lain
anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala
berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik.
Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap
10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.
12. Semak bil utiliti bulanan anda Ini satu kaedah yang lebih praktikal.
So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet,
air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan
penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya. Kalo rasa astro
atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, better buatlah begitu. Ini
kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau tanpa kewujudannya.
Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang
tidak teratur kenalah reorganize semula.Misalnya bil telefon atau fax
tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak
bergayut lelama.
13. Jimat letrik & air Ini saranan berikutan semakan bil utitliti
setiap bulan. Kalo nak jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga
dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik
banyak. Mcm seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian
rasmi di hujung minggu. Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja.
Dengan penggunaan sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik
setiap hari. Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena
pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan
aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang
terbuka. Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih
jimat bil letrik lebih banyak.Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo
tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo
guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai
atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat
kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang
menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang
penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.
14. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card Sebagai langkah berjaga-jaga,
anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan
pampasan sekiranya berlaku kemalangan, sakit atau yang boleh
memudaratkan diri. Contohnya saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card
yang boleh digunakan banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip
top medical center seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara
Specialist Center dan sebagainya. Dengan hanya memperuntukkan sebanyak
R100 atau RM150 sebulan anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga
RM150,000 sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang
tak dingini. Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan !
Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat
peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 …
Disamping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang
lebih nilai untuk wang anda !
15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’ Jika anda ada peralatan atau
barangan yang dah tak guna boleh lelong atau jualnya di memana online
auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin
sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan
harga starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my
.. Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga
mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja
eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak
merugikan malah menguntungkan lagi.
16. Guna Kad Kredit dengan Bijak Boleh juga jimatkan duit dengan guna
kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa
sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan
dapat point malah maybe memenangi peraduan yang ditawarkan.Contohnya
guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi
setiap RM1.00 yang dibelanjakan.
17. Beli domain & hosting masa promosi Masa saya menulis ebook ini
promosi masih berlangsung diwww.cgyhost.net iaitu salah satu provider
yang sedang meningkat naik di Malaysia. Bayangkan domain harga serendah
RM25 masa promosi yang mana anda diberi domain panel untuk point kepada
memana hosting server yang telah anda pilih. Anda juga boleh beli di namecheap.com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon harga terendah.
18. Dial Up vs Streamyx Bagi anda yang selalu online dan sentiasa
gunakan Internet maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx berbanding
dial up. Jika anda terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk
akses Internet, eloklah fikirkan pakej Streamyx RM77 sebulan dengan
akses 24 jam tanpa henti. Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan
jika buat Ebiz part time.Malah boleh dapatkan pelbagai free stuff yang
ada di RahsiaEbiz,TotallyFreebie , SassySue.Com dan banyak lagi...
19. Bayar Bil Online Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan
lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx,
telefon semuanya dengan melalui internet sama ada guna Maybank2u,
Ambank Online, Bank Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat
sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak
dan parking kereta.
20. Berhenti Merokok Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk
berhenti. Ini kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit
dan kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia
bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga
orang lain. Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap
bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan ..
ini bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu
ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling
terbaik untuk diri anda.
Kesimpulan Hakikatnya ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda
daripada dibazirkan begitu sahaja. Ia bertitik tolak daripada kesedaran
dan perancangan kewangan yang teliti. Walau apapun, rancanglah
perbelanjaan anda dengan rasional. Teliti setiap aliran masuk dan
keluar, adakah ia menepati bajet dan keperluan kita setiap hari ?
Pastikan anda menyimpan ‘savings‘ sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah
pendapatan anda sebulan di dalam memana tempat pelaburan islamik yang
menguntungkan. Jika anda mengalami masalah defisit atau hutang, ini
bermakna perlukan penyelesaian yang lebih ketat supaya dapat
menyelesaikan hutang anda dengan lebih tersusun Jangan lupa untuk
memberi zakat dan bersedekah amal jariah kerana ia adalah salah satu
rahsia tersimpan di mana Allah swt akan melipatgandakan rezeki bagi
mereka yang menginfaqkan harta mereka ke jalan fisabilillah. Dengan ini
semoga diharapkan semua tips-tips ini akan memudahkan anda merancang
kewangan dengan lebih baik seterusnya memberi masa depan yang lebih
berjaya. Sekian wassalam . Panduan Lain Boleh baca disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan