Halaman

Obses Terlampau Dengan Warna Dan Nombor



Pasti anda mempunyai warna atau nombor yang disukai dalam hidup anda, tapi pasti tidak boleh mengalahkan seorang lelaki yang berasal dari Bangalore, India ini. Beliau ialah Sevenraj, 52 tahun seorang ahli perniagaan hartanah di bandar Bangalore. Ketaksuban Sevenraj ini bermula sejak muda lagi sehingga pejabat, kereta dan rumahnya dicat dengan warna merah dan putih serta nombor 7 banyak berkaitan dengan hidup beliau. Bapanya telah memberi nama berkaitan nombor itu kerana beliau merupakan anak ketujuh dalam keluarganya. Beliau kini mempunyai tujuh butang pada blazer dan nombor telefon beliau berakhir pada 777. Sevenraj juga boleh bercakap tujuh bahasa, termasuk bahasa asli Malaysia, Hindi, Inggeris, Tamil dan Marathi. 
Nombor Tujuh juga banyak diletakan pada kusyen kereta dan baju blazer beliau dengan berlatarkan warna merah dan putih. Pushpa isterinya dan dua anak pasangan itu Bharathraj serta Maneesha turut mengikut jejak ayahnya dengan memakai pakaian yang mempunyai warna tersebut. Isteri Sevenraj amat terkejut dengan ketaksuban suaminya terhadap warna dan nombor itu ketika mereka mula berkahwin 18 tahun yang lalu, tetapi akhirnya Pushpa mula memahami dan memberi sokongan kepadanya.

Kerana terlampau obsesi dengan nombor tujuh dan warna beliau dan keluarganya telah menjadi seperti seorang selebriti di kampung halamannya kerana sentiasa mendapat perhatian penduduk di situ. Mengambil contoh daripada idolanya iaitu Mahatmar Ghandhi, yang mempunya imej tersendiri iaitu hanya memakai cermin mata bulat dan sentiasa bertuala putih di bahu dan menjadi pujaan ramai penduduk India. Sevenraj juga pernah ditemubual oleh satu saluran televisen India kerana ketaksuban beliau tersebut.












Lelaki Dan Manusia Paling Pendek Di Dunia

Chandra Bahadur Dangi



Pada tahun 2012, Chandra Bahadur Dangi telah diiktiraf sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh Guinnes World Records pada ketika itu berumur 72 tahun berasal dari Nepal. Dangi setinggi 54.6 sentimeter, 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina yang berukuran 59.70sm. Dangi yang seberat 12 kilogram juga disytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

Lebih hebat lagi jika ia benar-benar berusia 72 tahun, beliau adalah orang yang paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinnes World Records. Chandra Bahadur Dangi dari sebuah keluarga miskin dan tidak berpendidikan tinggal dibahagian yang terpencil di Nepal. Ketinggian Dangi mula diukur oleh seorang pedagang kayu yang melawat kampung terpencil beliau pada bulan Januari 2012 kerana mendapati Dangi ada kelebihan untuk di masukan ke dalam Guinnes World Records.

Kerana bersaiz kecil beliau telah menjadi popular di negara miskin yang mempunyai penduduk seramai 26.6 juta orang dan pernah menjadi bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya.
Ibu bapanya meninggal dunia ketika beliau masih dalam usia remaja, dan hanya tinggal bersama saudaranya. Sehingga kini beliau tidak pernah berkahwin oleh kerana bentuk fizikalnya.

Kembar Siam Paling Lama Hidup Di Dunia

Ronnie Dan Donnie Gaylon Ketika Masih Kecil



Ketika Berumur 63 Tahun

Di Columbus, Amerika Syarikat sepasang kembar lelaki  diiktiraf sebagai kembar siam paling lama hidup di dunia oleh Guinness Book of World Records kerana setakat ini mereka telah berumur 63 tahun pada 28.Oktober.2014 yang lalu. Pasangan kembar siam tersebut Ronnie dan Donnie Gaylon dilahirkan dengan bahagian perut yang bercantum. Kembar Ronnie dan Donnie mempunyai empat kaki, empat tangan. Bagaimanapun jantung dan sistem percernaan mereka berasingan.

Mereka yang dilahirkan pada 28 Oktober 1951 terpaksa tinggal di Hospital St. Elizabeth Dayton, Ohio selama dua tahun. Namun, rancangan doktor untuk memisahkan mereka melalui pembedahan dihalang oleh ibu bapanya iaitu pasangan Wesley dan Eileen Galyon yang bimbang pembedahan tersebut gagal. Pasangan kembar siam tersebut Ronnie dan Donnie Gaylon sangat bersyukur dengan keputusan tepat ibubapa mereka ketika itu kerana mereka masih hidup sehingga sekarang. Keadaan fizikal tidak menghalang pasangan ini menceburi bidang hiburan selama tiga dekad dan pernah muncul di The Jerry Springer Show pada tahun 1997, dokumentari Discovery Channel pada tahun 1998 dan dokumentari Channel Five pada tahun 2009.

Mereka juga aktif dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang biasa sebahagian besarnya melalui kerusi roda khas mereka. Sebagai meraikan ulang tahun kelahiran mereka yang ke 63 pasangan kembar itu dibawa melawat Taman Tema Disney World dan Taman Busch di Florida

Untuk rekod pasangan kembar siam paling lama hidup sebelum ini dipegang oleh pasangan kembar siam dari Itali, Giacomo dan Glovanni Battista Tocci yang lahir pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada usia 63 tahun.