Halaman

Lelaki Dan Manusia Paling Pendek Di Dunia

Chandra Bahadur Dangi



Pada tahun 2012, Chandra Bahadur Dangi telah diiktiraf sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh Guinnes World Records pada ketika itu berumur 72 tahun berasal dari Nepal. Dangi setinggi 54.6 sentimeter, 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina yang berukuran 59.70sm. Dangi yang seberat 12 kilogram juga disytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

Lebih hebat lagi jika ia benar-benar berusia 72 tahun, beliau adalah orang yang paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinnes World Records. Chandra Bahadur Dangi dari sebuah keluarga miskin dan tidak berpendidikan tinggal dibahagian yang terpencil di Nepal. Ketinggian Dangi mula diukur oleh seorang pedagang kayu yang melawat kampung terpencil beliau pada bulan Januari 2012 kerana mendapati Dangi ada kelebihan untuk di masukan ke dalam Guinnes World Records.

Kerana bersaiz kecil beliau telah menjadi popular di negara miskin yang mempunyai penduduk seramai 26.6 juta orang dan pernah menjadi bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya.
Ibu bapanya meninggal dunia ketika beliau masih dalam usia remaja, dan hanya tinggal bersama saudaranya. Sehingga kini beliau tidak pernah berkahwin oleh kerana bentuk fizikalnya.

Tiada ulasan: