Mangkuk Seramik Berharga RM160 Juta
Sebiji mangkuk Dinasti Song yang berusia 1000 tahun dijual pada harga AS$37.7 juta (RM160 juta) pada 03.Oktober 2017 iaitu rekod harga paling tinggi untuk seramik China, menurut firma lelongan Sotheby's,Hong Kong. Mangkuk kecil yang dihasilkan sekitar tahun 960 hingga 1127 itu dijual lebih tinggi berbanding sebiji cawan wain dari Dinasti Ming yang dijual pada harga AS$36.05 juta (RM152.6 juta) pada 2014. Cawan berkenaan dibida dengan harga tinggi oleh seorang taikun terkenal Shanghai.
Individu yang berjaya membida mangkuk berkenaan tidak mahu dikenali dan tidak pasti beliau dari tanah besar China atau tidak. Ia penanda aras baru untuk seramik China dan satu sejarah baru telah tercipta dengan mangkuk seramik itu. Pembidaan bermula pada harga AS$10.2 juta (RM43.2 juta) dan berlangsung selama hampir 20 minit apabila beberapa pembida melalui telefon dan seorang individu di dalam bilik bersaing antara satu sama lain.
Mangkuk dengan diameter 13 sentimeter itu pada asalnya dicipta untuk membasuh berus dan merupakan contoh porselin China aneh dari istana China semasa Dinasti Song.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan