Perkara Apa Yang Tak Perlu Sebenarnya Dalam Perkahwinan?
Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang,
malah agama Islam juga menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Tetapi,
ramai orang zaman sekarang lebih mementingkan adat daripada tuntutan
agama.
Salah satu sebabnya berkait rapat dengan kos yang perlu ditanggung. Jika
difikirkan kembali, kenapa kos sesebuah perkahwinan terlalu mahal? Jom
kita tinjau faktor-faktor di bawah:
1. Wang hantaran
2. Hantaran barangan
3. Pelamin dan bersanding
4. 'Doorgift' atau cenderamata tetamu
5. Perkara-perkara lain
6. Sewa tempat dan hidangan makanan
7. Mahar atau mas kahwin
Selepas diteliti tujuh perkara di
atas, tidak mustahil lah sesebuah perkahwinan menelan belanja yang
sangat tinggi. Tetapi bagaimana pula jika dilihat dari sudut pandang
Islam? Adakah ketujuh-tujuh perkara ini diperlukan untuk berkahwin?
Jawapannya TIDAK! Islam hanya mewajibkan perkara ketujuh di atas sahaja
iaitu mahar atau mas kahwin
Mengikut hukum Islam, seorang lelaki yang mahu menikahi seorang
perempuan WAJIB memberikan mas kahwin mengikut kadar kemampuannya dalam
akad nikah. Tetapi, mahar yang diberikan tidak perlu terlalu mahal.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
”Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah“. (Riwayat Abu Daud)
Dan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
”Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya“. (Riwayat Ahmad)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan