Awasi Tentang Produk MILO Tiruan Di Pasaran Malaysia
Ada sesiapa yang pernah membeli MILO tiruan di pasaraya?
Sebut sahaja nama MILO, pasti semua tidak asing lagi dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia ini bukan?Dan kepada penggemar minuman MILO, ada satu berita kurang enak yang ingin kami sampaikan kepada anda
Semalam, Facebook MILO
Malaysia memuat naik satu status memberitahu pengguna tentang
penghasilan produk MILO palsu yang dijual secara berleluasa di sekitar
Malaysia
Pada
mata kasar, ia tidak ubah seperti produk minuman MILO, namun risikan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Negeri Sembilan mendapati produk itu sebenarnya palsuSindiket
berpangkalan di Taman Mulia di Mantin, Negeri Sembilan dikesan
menghasilkan produk minuman coklat palsu jenama terkenal itu sebelum
diedarkan di pasar raya seluruh semenanjung Malaysia.
Taktik licik sindiket itu yang menjadikan sebuah rumah banglo di situ
sebagai ‘kilang’ bagaimanapun berjaya dibongkar KPDNKK jam 3.30 petang
Jumaat, 13 Mac 2015.
Hasil serbuan, sebanyak 225
bungkus minuman bercoklat palsu yang sedia untuk dipasarkan dan beberapa
tong serbuk minuman itu ditemui di dalam rumah berkenaanTurut
dirampas ialah 1,100 kotak kosong, 50,000 plastik pembungkus kosong,
mesin pencetak, mesin pelekat, mesin timbang, pencetak nombor serta 29
unit blok nombor siri bercetak dan 10 unit besi nombor siri bercetak
Beginilah reaksi yang diterima
dari orang ramai. Masing-masing risau dan tertanya-tanya sama ada
mereka telah membeli produk MILO tulen ataupun palsu sebelum ini.
Persoalannya, bagaimana cara untuk mengenal pasti atau membezakan produk MILO yang tulen dengan yang tiruan?
Terdapat perbezaan yang ketara dari segi rasa. MILO tulen mempunyai
malt, rasa berkrim dengan coklat yang kaya, manakala produk tiruan
mempunyai perisa koko yang kuat dan rasa sedikit terbakar, lebih manis
dan juga lebih gelap warnanya apabila dicampur dengan air.
Pembungkusan
produk palsu seolah-olah hampir sama dengan pembungkusan yang tulen.
Sekiranya anda percaya bahawa anda mungkin telah membeli produk yang
palsu, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestle di 1800-88-3433
untuk bantuan lanjut. Nestle juga sedang menggerakkan pasukan jualannya
untuk mengenal pasti produk palsu.
Bagaimana pula dari aspek kesihatan? Adakah produk MILO tiruan ini memberi kesan serius kepada kesihatan seseorang?
Pihak berkuasa telah menyediakan sampel produk palsu untuk ujian.
Berdasarkan penilaian awal kami, produk itu didapati tidak merbahaya,
tetapi kami sedang menjalankan analisis lanjut dan ujian ke atas sampel
produk.
Pihak MILO Malaysia telahpun menyediakan satu tip tentang cara untuk
membezakan produk MILO yang tulen dengan yang palsu, iaitu melalui
bentuk potongan pada setiap bungkusan. Nampak bezanya?
Jadi selepas ini berhati hati dalam memilih Milo di kedai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan