Halaman

Kembar Siam Paling Lama Hidup Di Dunia

Ronnie Dan Donnie Gaylon Ketika Masih Kecil



Ketika Berumur 63 Tahun

Di Columbus, Amerika Syarikat sepasang kembar lelaki  diiktiraf sebagai kembar siam paling lama hidup di dunia oleh Guinness Book of World Records kerana setakat ini mereka telah berumur 63 tahun pada 28.Oktober.2014 yang lalu. Pasangan kembar siam tersebut Ronnie dan Donnie Gaylon dilahirkan dengan bahagian perut yang bercantum. Kembar Ronnie dan Donnie mempunyai empat kaki, empat tangan. Bagaimanapun jantung dan sistem percernaan mereka berasingan.

Mereka yang dilahirkan pada 28 Oktober 1951 terpaksa tinggal di Hospital St. Elizabeth Dayton, Ohio selama dua tahun. Namun, rancangan doktor untuk memisahkan mereka melalui pembedahan dihalang oleh ibu bapanya iaitu pasangan Wesley dan Eileen Galyon yang bimbang pembedahan tersebut gagal. Pasangan kembar siam tersebut Ronnie dan Donnie Gaylon sangat bersyukur dengan keputusan tepat ibubapa mereka ketika itu kerana mereka masih hidup sehingga sekarang. Keadaan fizikal tidak menghalang pasangan ini menceburi bidang hiburan selama tiga dekad dan pernah muncul di The Jerry Springer Show pada tahun 1997, dokumentari Discovery Channel pada tahun 1998 dan dokumentari Channel Five pada tahun 2009.

Mereka juga aktif dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang biasa sebahagian besarnya melalui kerusi roda khas mereka. Sebagai meraikan ulang tahun kelahiran mereka yang ke 63 pasangan kembar itu dibawa melawat Taman Tema Disney World dan Taman Busch di Florida

Untuk rekod pasangan kembar siam paling lama hidup sebelum ini dipegang oleh pasangan kembar siam dari Itali, Giacomo dan Glovanni Battista Tocci yang lahir pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada usia 63 tahun. 


1 ulasan:

callumnagler berkata...

Caesars Windsor Casinos to Reopen in Pennsylvania - JTM Hub
The 삼척 출장마사지 casino will be open 부산광역 출장안마 in the Wilkes-Barre area 김포 출장마사지 and open in the Quad 나주 출장마사지 Cities, at 2 p.m. on May 19. 이천 출장마사지 The resort, which is located on the site of