Halaman

SELUAR DALAM HITLER BERHARGA AS$6,700




Seorang individu warga AS sanggup membayar sebanyak AS$6,700 (RM28,000) untuk memiliki seluar dalam terpakai Adolf Hitler melalui satu lelongan yang diadakan oleh Firma Lelongan Alexander Historical, Maryland. Bagaimanapun identiti pembeli itu tidak didedahkan kepada umum.

Menurut maklumat dari Firma Lelongan tersebut pembeli akan meletakkan seluar dalam itu dalam bingkai gambar dan menggantung pada dinding kediamannya. Pada kebiasaannya barangan milik pemimpin parti Nazi akan dibeli oleh pembeli dari koleksi memorabilia menggerunkan dan barangan yang menjadikan bahan lawak seperti seluar dalam tersebut. Seluar dalam milik isteri Adolf Hitler iaitu Eva Braun pun pernah dijual dengan harga yang mahal.

Seluar dalam yang mempunyai ukuran pinggang 39 inci dan logo dua abjad iaitu 'A.H' ditinggalkan di Hotel Parkhotel Graz, Austria ketika pemimpin Jerman itu menginap disitu pada April 1938. Seluar dalam itu disimpan oleh keluarga pemilik hotel itu hampir 80 tahun sebelum ditawarkan untuk jualan.

PESAWAT TERBESAR DIDUNIA



Pesawat yang dikenali sebagai Stratolaunch ini memiliki sayap yang lebih panjang daripada sebuah padang bola dan memiliki enam enjin turbokipas keluaran syarikat Pratt dan Whitney yang mempunyai berat 4000 kilogram setiap satu.


Pesawat ini mempunyai kelebihan membawa satelit dan melancarkan kapal angkasa Dream Chaser kerana keupayaannya boleh mencapai destinasi orbit Bumi yang rendah dan mampu membawa pulang angkasawan atau muatan ke landasan dalam masa 24 jam. Selain itu Stratolaunch juga mampu membawa roket diantara dua fiuslaj sebelum dilancarkan ke angkasa lepas dari udara.

Pada tahun 2019 dijangka akan menjalani ujian penerbangan pertamanya bagi meneruskan langkah seterusnya untuk menjayakan matlamat rekaannya yang diasakan oleh Paul Allen.

KERETA MCLAREN F1 BERUSIA 20 TAHUN BERHARGA AS$15.8 JUTA



Sebuah kereta sport, McLaren F1 yang berusia 20 tahun dan hanya dipandu sejauh 238 kilometer bernilai AS$15.8 juta (RM66.7 juta) pada tahun 2017. Menggunakan teknologi Formula 1 dengan enjin 6.1 liter V12, kenderaan itu pernah memegang rekod kereta paling laju di dunia selama lebih tujuh tahun.

Malah kereta itu tidak pernah dipandu di atas jalan atau ddaftarkan untuk digunakan di lebuh raya awam. Kereta itu asalnya dijual pada 26 Febuari 1997 dan dihantar ke Jepun. Kali terakhir dilihat ialah pada tahun 2013 apabila sebuah syarikat berpangkalan di Tokyo, Art Sports menyenaraikannya untuk dijual selepas disimpan selama 17 tahun di tempat suhu terkawal untuk melindungi nilainya.

Mangkuk Seramik Berharga RM160 Juta


Sebiji mangkuk Dinasti Song yang berusia 1000 tahun dijual pada harga AS$37.7 juta (RM160 juta) pada 03.Oktober 2017 iaitu rekod harga paling tinggi untuk seramik China, menurut firma lelongan Sotheby's,Hong Kong. Mangkuk kecil yang dihasilkan sekitar tahun 960 hingga 1127 itu dijual lebih tinggi berbanding sebiji cawan wain dari Dinasti Ming yang dijual pada harga AS$36.05 juta (RM152.6 juta) pada 2014. Cawan berkenaan dibida dengan harga tinggi oleh seorang taikun terkenal Shanghai.

Individu yang berjaya membida mangkuk berkenaan tidak mahu dikenali dan tidak pasti beliau dari tanah besar China atau tidak. Ia penanda aras baru untuk seramik China dan satu sejarah baru telah tercipta dengan mangkuk seramik itu. Pembidaan bermula pada harga AS$10.2 juta (RM43.2 juta) dan berlangsung selama hampir 20 minit apabila beberapa pembida melalui telefon dan seorang individu di dalam bilik bersaing antara satu sama lain.

Mangkuk dengan diameter 13 sentimeter itu pada asalnya dicipta untuk membasuh berus dan merupakan contoh porselin China aneh dari istana China semasa Dinasti Song.

Obses Terlampau Dengan Warna Dan Nombor



Pasti anda mempunyai warna atau nombor yang disukai dalam hidup anda, tapi pasti tidak boleh mengalahkan seorang lelaki yang berasal dari Bangalore, India ini. Beliau ialah Sevenraj, 52 tahun seorang ahli perniagaan hartanah di bandar Bangalore. Ketaksuban Sevenraj ini bermula sejak muda lagi sehingga pejabat, kereta dan rumahnya dicat dengan warna merah dan putih serta nombor 7 banyak berkaitan dengan hidup beliau. Bapanya telah memberi nama berkaitan nombor itu kerana beliau merupakan anak ketujuh dalam keluarganya. Beliau kini mempunyai tujuh butang pada blazer dan nombor telefon beliau berakhir pada 777. Sevenraj juga boleh bercakap tujuh bahasa, termasuk bahasa asli Malaysia, Hindi, Inggeris, Tamil dan Marathi. 
Nombor Tujuh juga banyak diletakan pada kusyen kereta dan baju blazer beliau dengan berlatarkan warna merah dan putih. Pushpa isterinya dan dua anak pasangan itu Bharathraj serta Maneesha turut mengikut jejak ayahnya dengan memakai pakaian yang mempunyai warna tersebut. Isteri Sevenraj amat terkejut dengan ketaksuban suaminya terhadap warna dan nombor itu ketika mereka mula berkahwin 18 tahun yang lalu, tetapi akhirnya Pushpa mula memahami dan memberi sokongan kepadanya.

Kerana terlampau obsesi dengan nombor tujuh dan warna beliau dan keluarganya telah menjadi seperti seorang selebriti di kampung halamannya kerana sentiasa mendapat perhatian penduduk di situ. Mengambil contoh daripada idolanya iaitu Mahatmar Ghandhi, yang mempunya imej tersendiri iaitu hanya memakai cermin mata bulat dan sentiasa bertuala putih di bahu dan menjadi pujaan ramai penduduk India. Sevenraj juga pernah ditemubual oleh satu saluran televisen India kerana ketaksuban beliau tersebut.