Halaman

Kebaikan Senyum Pada Kesihatan



Senyum itu sedekah. Kenapa kita digalakkan sentiasa senyum??

Ini kerana senyum memberi kebaikan kepada kesihatan. Antaranya:


1. Senyum meningkatkan sistem imun
Apabila kita senyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, kemungkinan pada kita senyum, kita lebih tenang dan relaxs


2. Senyum Mengurangkan sakit
Kajian mendapati senyum membebaskan endorfin, penahan sakit secara  semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiga sebatian ini menjadikan kita  berasa sihat.


3. Senyum melegakan stress

Dengan keadaan kehidupan yang sibuk kini menjadikan diri kita  sentiasa stress. Cuba ubatinya dengan senyum. Senyum membantu kita  daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stress menerpa, cuba  amik masa untuk mengukir senyuman, stress akan semakin berkurangan dan  anda bertambah semangat.


4. Senyum menurunkan tekanan darah
Tahukah anda senyum dapat menurunkan tekanan darah kita? Cuba amik  alat mengukur tekanan darah. Lakukan sebelum dan selepas senyum. Lihat  perbe2aannya.


5. Senyum menjadikan wajah awet muda
Otot-otot yang berkerja ketika kita senyum akan menyebabkan kita  nampak sentiasa awet muda. Tidak perlu dapatkan rawatan muka di  salun-salun kecantikan, lakukan senaman dan tersenyum setiap masa.


6. Senyum menjadikan kita nampak anggun
Kita lebih tertarik kepada orang yang tidak lekang dari senyuman.  Wajahnya nampak anggun dan lembut serta mesra. Maka kita akan lebih  terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Justeru, hiasilah wajah  kita dengan senyuman.


7. Senyum menukar mood kita
Ketika sedang berduka. Cubalah mengukir senyuman di bibir. Senyum  boleh ‘menipu’ tubuh kita untuk membantu kita menukar mood kepada  menjadi lebih ceria.


8. Senyum akan menjangkit
Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas  senyuman kita. Apabila semua orang senyum, rasa gembira tiba-tiba  muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.

Tiada ulasan: