Halaman

Asal usul ubat gigi Darlie

Betul ke Darlie dan Colgate keluar dari kilang yang sama? Kiranya macam pesaingan la..tapi sebenarnya satu geng je..Dan sebenarnya banyak lagi jenama terkenal kat Malaysia ni dari satu kompeni.. tapi mengeluarkan iklan berasingan..


Darlie dahulunya  dikenali sebagai Darkie adalah jenama ubat gigi yang dikeluarkan oleh  syarikat Hawley & Hazel. Perkataan "Darkie" digunakan di Amerika dan  Eropah merujuk kepada orang berkulit hitam dan dikatakan berunsur  perkauman. Sebab tu nama tu ditukar kepada Darlie dan imej dekat kotak  pun sudah bertukar. Darlie menjadi salah satu jenama ubat gigi popular  di Taiwan sehingga hari ini.
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa perkata "Darlie" pun merujuk kepada perkataan hitam, cuba pergi Google translate dan translate perkataan English (DARLIE) -> Chinese. Pastu ambik perkataan Chinese  yang keluar tadi dan translate balik ke English dan tekan untuk maksud  alternatif (rujuk gambar bawah). Kalau tak puas hati lagi pergi tanya  orang Cina maksudnya.

Tiada ulasan: