Halaman

Sejarah Tisu



Menurut sejarah tisu pertama kali digunakan di Jepun pada abad ke-17. Pada masa itu orang Jepun menggunakan seperti kertas halus untuk menutup dan membersihkan hidungnya ketika bersin, kemudian terus dibuang. Kertas halus itu disebut “washi” atau Japanese Tissue.

Tisu muka pertama kali dipopularkan di Amerika Syarikat pada tahun 1942. Tisu ini pada mulanya digunakan untuk perlengkapan make up artis Hollywood. Tisu dipakai untuk membersihkan krim sejuk sebagai bahagian wajah pelakon teater ketika itu.

Tisu muka memiliki bahan yang ringan dan lembut dibandingkan dengan tisu lain, dengan berat 14-18 grm, dan setiap helainya terdiri dari 2-3 lapisan ringan.

Seiring dengan perkembangan zaman, tisu semakin popular kerana sifatnya yang praktikal, hanya sekali pakai , tak perlu dicuci, pakai buang. Selain itu tisu juga mudah dibawa dan disimpan.

Pelbagai jenis tisu digunakan mengikut kesesuaian dengan keperluan. Pelbagai produk tisu terbaru boleh didapati sekarang dipasaran.

Tiada ulasan: