Halaman

Kisah Cinta 20sen

Kisah benar seorang ahli SAYS* bernama Razali yang telah memenangi hati gadis impiannya. Razali yang tinggal di Kuala Lumpur dan aktif dengan SAYS sejak tahun 2010. Ada cerita yang menarik tentang beliau ini.          

Pada April tahun lepas, SAYS telah mendapat banyak maklum balas  daripada ahli-ahlinya dan salah satu daripada mereka telah menarik  perhatian orang-orang di SAYS. Maklum balas tersebut datang daripada  beliau yang bernama Razali.

Razali berkongsi pengalamannya bersama SAYS dan berkata  beliau telah membuat keputusan untuk mengumpul pendapatan SAYSnya untuk  membeli cincin pertunangan untuk gadis yang dicintai (bakal isterinya).




Beberapa bulan selepas maklum balas  tersebut, Razali telah menulis  kepada SAYS sekali lagi untuk menjemput menghadiri majlis perkahwinannya  di Kuala Ketil, Kedah. Loh Ji Yuan, wakil daripada SAYS telah  mengembara dari pejabat SAYS di Petaling Jaya ke Kedah untuk menghadiri majlis tersebut, dan bertemu dengan Razali buat kali pertama.



Ketika di majlisnya, Razali bercerita dengan Loh Ji Yuan bahawa  beliau dan isterinya, Izyan telah diperkenalkan oleh isteri rakan  baiknya yang pada masa itu berkawan dengan ibu Izyan. Hampir setahun  mereka berkenalan, dan berhubung melalui Facebook dan Yahoo Messenger. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk berumahtangga.

Kata Razali, beliau mula menggunakan SAYS hanya untuk mengisi masa lapang. Tetapi lama kelamaan setelah membuat cash  out untuk menebus pendapatan SAYSnya, beliau telah membuat keputusan  untuk mengumpul pendapatan SAYS beliau untuk membelikan cincin  pertunangannya.

Kami masih lagi ingat, beliau berkata, “Saya saja nak  gunakan duit SAYS tu, benda tu daripada satu klik 20 sen, macam ada satu  ‘effort’”, dan beliau sambung berkata, “Boleh je beli dengan duit gaji income, tapi orang kata ‘value’ dia tu lebih”.
Sejak April 2013, SAYS Special telah berpindah 8share.com

Tiada ulasan: