Halaman

Sejarah Tuala Wanita

Bermula dari zaman Mesir Kuno, orang Mesir kuno sudah mengunakan tuala wanita pada masa itu yang dibuat dari daun papyrus yang dilembutkan dan  bentuknya seperti tampon. Lalu berkembang di Yunani kuno dengan  menggunakan bahan kapas halus dan dan dibungkus kayu kecil.

Pelbagai macam bahan yang digunakan untuk membuat tuala wanita seperti rumput  kering , wol, kapas, bekas kain, mahupun serat sayuran. Bentuknya sama  dimasukan kedalam bekas dan diletakan di antara kedua kaki.

Pada tahun 1867 menstrualcup ditemui. Mangkuk ini diletakan kedalam bekas kain yang dihubungkan dengan belt  yang diikat di pinggang. Pada masa itu, wanita tidak menggunakan  apa-apa alas, sehingga habis datang bulan mereka memakai  pembalut tersebut.

Pada tahun 1876, bahan dari mangkuk menstruasi tersebut diganti bahannya  menjadi bahan serapan yang memungkinkan dapat menampung darah haid, lalu  terus mengalir melalui salur terus ke bekas takungan yang  dipasang pada luar badan. Namun, yang menggunakan menstrual cup  hanya orang-orang tertentu saja. Orang kurang mampu masih menggunakan kain yang  boleh dicuci dan dipakai berulang kali, kerana mereka tidak mampu membeli menstrual cup.

Sehinggalah pada perang dunia pertama, barulah disposable pads  (tuala wanita sekarang ini) muncul. Seorang jururawat Perang Dunia pertama,  ketika itu mereka menyedari bahawa kain pembalut yang mereka gunakan untuk  membalut luka tentera ternyata boleh mereka gunakan ketika haid. Lalu  pada tahun 1900-an, disposable pads dibuat.

kxtxx adalah brand pertama tuala wanita dibuat di Amerika pada tahun 1920.

Inovasi pun terjadi. Pada tahun 1960-an, tuala wanita yang menggunakan belt  mulai digantikan dengan tuala wanita yang menggunakan pad. Pad tersebut  berfungsi untuk menahan cairan pada bahagian bawah seluar dalam. Bahannya pun  diganti, yang pada mulanya menggunakan bahan wood fiber dan cotton fiber, sehingga  bahan-bahan lainnya seperti gel. Sampai sekarang, inovasi tuala wanita terus dilakukan, yang disesuaikan dengan keadaan dan perkembangan wanita.

Tiada ulasan: