Halaman

Kisah di sebalik kasut jenama Adidas dan Puma

Korang ada atau pernah tak pakai kasut Adidas atau Puma…kalo ada…korang tau tak sejarah disebalik kedua – dua jenama kasut yang terkenal ni. So…kalo nak tahu jom kita baca kisah adik beradik Dassler ni…

Semuanya bermula pada 1920an dalam bilik basuhan mak mereka di sebuah bandar di bernama Herzogenaurach di Jerman. Disitu lah bermulanya syarikat  Dassler Brothers Sports Shoe Company. Adolf Dassler seorang yang pendiam tetapi kreatif amat pandai mereka dan membuat kasut, berlainan dengan abangnya Rudolph Dassler seorang yang agak banyak bercakap dan bekerja sebagai seorang jurujual. Kira abang dia ni mahir dalam ilmu pemasaran dan mereka telah bergabung dalam perniagaan ini dengan si adik terus membuat kasut dan si abang pula menjualkannya.


Kasut keluaran Dassler Brothers Sports Shoe Company menjadi terkenal setelah pelari lagenda dari Amerika iaitu Jesse Owens memakainya di Sukan Olimpik dan memenangi 4 pingat emas pada dan jenama mereka mula dikenali diseluruh dunia..Di sini la bermulanya mereka berdua kerap berbalah..Satu kejadian telah terjadi yang membuatkan mereka telah berputus arang berkerat rotan.












Sewaktu bandar Herzogenaurach dibom oleh tentera bersekutu,Rudolph dan keluarganya telah berada di dalam bom shelter dan bila Adolf dan keluarganya masuk kedalam bom shelter yg sama si abang merungut "The dirty busxxxd.s are back again," merujuk kepada tentera bersekutu tapi adiknya Adolf terasa abangnya sedang menyindirnya..


Konflik ini menyebabkan syarikat mereka berpecah pada tahun 1948, mereka membahagikan pekerja  dan aset kepada dua. Untuk syarikat si adik diberi penjenamaan semula dngan nama “ Adidas “ sempena nama panggilan pendek beliau iaitu Adi Dassler. Manakala abangnya pula menamakan syarikatnya “Ruda” iaitu singkatan kepada Rudolf Dassler…tapi untuk menyesuaikan dengan sukan olahraga namanya diubah kepada “Puma”. Kedua – dua kilang dibina berdekatan dan bertentang dengan Sungai Aurach. Mereka bersaing sesama sendiri hingga menjadi nadi pembangunan di Bandar Herzogenaurach.

Seluruh bandar merasa terkesan sehingga mereka merasakan terperangkap dalam persengketaan adik beradik ini. Setiap perniagaan tempatan diberi 2  pilihan mahu berurusan dangan syarikat Adidas atau Puma. Mereka disuruh membuat pilihan hanya satu saja. Temujanji atau berkahwin juga tidak dibenarkan antara kedua –dua syarikat ini. Pekerja Puma tidak boleh bercinta atau berkahwin dengan pekerja Adidas.  Perkara ini berlarutan sehingga bandar ini digelar “ bandar leher bengkok “, ini kerana orang akan memandang kebawah melihat kasut anda dahulu sebelum berbual. Bandar ini benar – benar terbahagi dua.


Kelebihan Ruda mempunyai eksekutif – eksekutif jualan yang jauh lebih baik tetapi adiknya Adi mempunyai pengetahuan teknikal dan hubungan yang rapat dengan athlet yang membolehkan produk beliau mendapat  publisiti yang meluas dan ini memberi skala yang lebih luas kepada Adidas. Adidas dan Puma kerap bersaing sesama sendiri dan memberi tumpuan untuk menyaingi antara satu sama lain tanpa menyedari ancaman dari pendatang baru dalam industri kasut iaitu jenama NIKE. Kedua – dua syarikat Adidas dan Puma lambat bertindak balas menyebabkan mereka jauh ketinggalan di belakang.


Permusuhan adik – beradik dan kedua – dua  syarikat ini berlanjutan sehingga 60 tahun. Malah apabila kedua – dua pengasas Adidas dan Puma ini mati mereka dikebumikan secara bertentangan walaupun berada dalam tanah perkuburan yang sama. Persengketaan ini hanyalah dielesaikan selepas kematian kedua – dua saudara Dassler ini dengan syarikat Adidas dan Puma bermain permainan bolasepak persahabatan sekaligus menamatkan permusuhan selama 6 dekad. Sehingga 2014 pelbagai kasut yang dikeluarkan oleh kedua dua syarikat yang sentiasa di tunggu tunggu oleh setiap peminat fanatik jenama mereka

Tiada ulasan: