Halaman

Pelan Internet Prabayar Terbaik di Malaysia



Adakah anda memiliki telefon pintar?, jika jawapan anda ya, maka pasti anda memiliki pelan internet  pada telefon pintar anda yang digunakan untuk melayari laman web,  mendengar lagu, melayari aplikasi Facebook, Twitter, WhatsApp, WeChat  dan banyak lagi. Bagi yang tidak mahu terlalu terikat dengan komitmen  bulanan, mengambil pelan internet prabayar adalah jalan terbaik. Berikut  adalah senarai pelan internet prabayar atau prepaid yang terbaik di  Malaysia. Antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan internet  prabayar adalah Maxis, Celcom, Umobile, DiGi dan Tune Talk.

Maxis
   
Maxis dilihat merupakan antara syarikat telekomunikasi dengan rangkaian terluas dan terbaik di Malaysia.Pelan internet prabayar yang ditawarkan Maxis dilihat berpatutan. Maxis  menawarkan percuma 50% data apabila anda melanggan pelan internet  bulanan 1GB dan 3GB. Selain itu, Maxis kini juga menawarkan perkhimatan  4G LTE yang lebih pantas kepada pelanggan prabayar dan anda boleh  menukar SIM kad anda kepada  sim 4G secara percuma di kedai Maxis yang terdekat. Maxis juga telah menemui satu cara untuk anda bagi mendapatkan EXTRA Internet, panggilan dan sms untuk telefon anda. Pelan terbaik yang saya pernah ada.


Sekadar memberi pandangan dan peluang yang lebih baik untuk anda, namun jika ada yang lebih baik dari ini apa salah mencuba yang lebih lebih baik lagi. Setiap orang ada pilihan masing masing. Selamat mencuba.

Tiada ulasan: