Halaman

Yang Menarik Tentang Sunway Lagoon


History

Sunway Lagoon ni adalah taman tema di Petaling Jaya, Malaysia.  Pembukaan rasmi tempat ni dibuka oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Mahathir bin Mohamad pada 29 April 1993. Disini ada pelbagai jenis aktiviti yang menjadi tarikan yang pasti menerujakan pengunjung

Taman Tema Air
Pengunjung boleh menyelam dengan  Cabaran enam-lorong Congo atau memberanikan diri dengan pengembaraan licik daripada ular sawa Afrika semasa meneroka bahagian liar Perairan Afrika.Satu pengembaraan yang menyeronokkan untuk semua, kanak2 mempunyai sebab untuk berasa gembira apabila anda membiarkan mereka bersendirian di Little Zimbabwe, taman permainan air interaktif.

Taman Tema Hiburan
Di taman tema ni,  pengunjung boleh melawat sama ada di 'Wild Wild West' ataupun 'World of  Adventure'. Dua2 tempat ni ada tarikan tersendiri yang membuatkan  pengunjung takkan rasa bosan walau sesaat pun. Dimana di 'Wild Wild  West', pengunjung boleh beramah mesra dengan 'native indians' ataupun  sekali imbas tengok persembahan daripada 'cowboys'. Selain daripada tu,  keseronokan takkan terhenti di 'Niagara Falls Flume Ride' ataupun di Grand Canyon River Rapids dan sebagainya.

Manakala bagi 'World of  Adventure', disini pengunjung yang sukakan aksi yang menggerunkan,  korang bolehlah merasa kehebatan 'Tomahawk' dimana ia bawa pengunjung  dengan 360 darjah berulang2 kali. Pengunjung juga boleh berjalan2 di  'Pirates Revenge' iaitu Pirate ship  yang pertama di Malaysia yang berpusing sehingga 360 darjah di  '360-degree Rotating Pirate Ship' ataupun berjalan dengan melihat  keindahan yang ada daripada 'Worlds Longest Pedestrian Suspension  Bridge' yang mempunyai kepanjangan sebanyak 428 meter.


Taman Tema Ekstrem
Untuk aktiviti yang lebih  lasak dan mencabar, pengunjung yang sukakannya bolehlah mencabar diri  sendiri dengan semua aktiviti yang ada seperti memanah, memandu 'All  Terrain Vehicle(ATV)' di  jalan raya ataupun bagi yang sukakan kelajuan bolehlah mencuba aktiviti  Go-Kart. Dan bagi yang betul2 nak merasa ekstrem yang betul2 ekstrem,  pengunjung boleh cuba satu level yang baru dengan 'Asias Highest Slingshot Ride'  iaitu 'The G-Force X' dan juga 'Flying Fox' yang terpanjang di Malaysia  dengan kepanjangan 206 meter ataupun aktiviti 'bungee jumping'.

Taman Tema Haiwan Liar
Dengan pelbagai jenis  spesis iaitu melebihi 150 spesis jenis haiwan eksotik merentasi pelbagai  negara, menunjukkan kecantikan dan kelebihan setiap haiwan yang ada dan  pengunjung juga boleh mempelajari mengenai haiwan2 yang ada di 'Malaysias first-ever fully interactive and  educational animal-themed attraction'.


Taman Tema Jeritan
Disini bagi adalah tempat  bagi yang sukakan suasana yang seram dan boleh mencuba pelbagai  aktiviti yang boleh mengejutkan diri sendiri dengan pelbagai jenis  spesis yang seram di situ.


Aktiviti Lain:
Selain daripada aktiviti2  lasak mahupun yang mencabar minda dan fizikal, terdapat juga acara yang  gilang gemilang pernah diadakan di Sunway Lagoon ni dimana pernah  diadakan acara yang begitu berprestij dimana MTV World Stage  2010 diadakan disitu yang mempunyai ramai astis jemputan di luar negara  seperti Wonder Girls dan sebagainya. Malaysia mempunyai prestasi yang  membanggakan kerana diberi kepercayaan menjadi tuan rumah MTV World  Stage bukan sekali tetapi 2kali. Satu pencapaian yang membanggakan  rakyat Malaysia dan juga negeri Selangor sendiri kerana Sunway Lagoon  bertempat di salah satu daerah yang ada di Selangor iaitu Petaling Jaya.

Tiada ulasan: