Halaman

Wira Malaysia Yang Tidak Didendang

Rakyat Malaysia ini menunjukkan kepada kita bahawa kita semua boleh melakukan sesuatu untuk masyarakat kita.



1. Kiran Kreer. Photojournalist Kiran Kreer mengumpul dana untuk membeli lampu berkuasa solar untuk 5 perkampungan Orang Asli yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.



2. Gary Liew. Gary menjalankan program pemberian makanan bagi yang tiada tempat tinggal di sekitar jalan-jalan di KL. Beliau menggerakkan kumpulan sukarelawan muda setiap bulan untuk mengedarkan paket makanan dan juga risalah untuk pekerjaan.



3. Raven Murugesan. Dalam status Facebook yang dikongsi oleh orang ramai di media sosial, Raven memberi beberapa jus dan biskut kepada juruwang yang berpuasa supaya dia boleh berbuka puasa.






4. Encik Tamil Nesan. Encik Nesan adalah pemandu MyTeksi yang meminjamkan semua wangnya yang ada dalam poket untuk penumpang yang menghadapi masalah tertinggal dompetnya di rumah.



5. Encik Shamizon. Jay Sheelan mencerita kembali pengalamannya di Facebook apabila seorang polis trafik bernama Encik Shamizon membantunya menukar tayar kereta isterinya yang pancit. Polis trafik itu menolak imbuhan daripada Jay, dia mengalakkan Jay untuk membantu orang lain pula.



6. Bhikkhu Ajahn Cagino, seorang sami Malaysia dan rakan-rakan beliau yang telah memberikan anak-anak suku bukit tempat untuk didiami. Rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang datang bersama-sama untuk membantu mengumpul dana dan mereka bentuk rumah untuk kanak-kanak yatim piatu di Thailand.



7. The Silaturrahim Brotherhood. Geng Bikers sukarela untuk menutup jalan berlubang di jalan raya Malaysia melalui inisiatif sendiri untuk keselamatan penunggang motosikal lain supaya tidak berlaku kemalangan.


Tiada ulasan: