Halaman

Obses Terlampau Dengan Warna Dan Nombor



Pasti anda mempunyai warna atau nombor yang disukai dalam hidup anda, tapi pasti tidak boleh mengalahkan seorang lelaki yang berasal dari Bangalore, India ini. Beliau ialah Sevenraj, 52 tahun seorang ahli perniagaan hartanah di bandar Bangalore. Ketaksuban Sevenraj ini bermula sejak muda lagi sehingga pejabat, kereta dan rumahnya dicat dengan warna merah dan putih serta nombor 7 banyak berkaitan dengan hidup beliau. Bapanya telah memberi nama berkaitan nombor itu kerana beliau merupakan anak ketujuh dalam keluarganya. Beliau kini mempunyai tujuh butang pada blazer dan nombor telefon beliau berakhir pada 777. Sevenraj juga boleh bercakap tujuh bahasa, termasuk bahasa asli Malaysia, Hindi, Inggeris, Tamil dan Marathi. 
Nombor Tujuh juga banyak diletakan pada kusyen kereta dan baju blazer beliau dengan berlatarkan warna merah dan putih. Pushpa isterinya dan dua anak pasangan itu Bharathraj serta Maneesha turut mengikut jejak ayahnya dengan memakai pakaian yang mempunyai warna tersebut. Isteri Sevenraj amat terkejut dengan ketaksuban suaminya terhadap warna dan nombor itu ketika mereka mula berkahwin 18 tahun yang lalu, tetapi akhirnya Pushpa mula memahami dan memberi sokongan kepadanya.

Kerana terlampau obsesi dengan nombor tujuh dan warna beliau dan keluarganya telah menjadi seperti seorang selebriti di kampung halamannya kerana sentiasa mendapat perhatian penduduk di situ. Mengambil contoh daripada idolanya iaitu Mahatmar Ghandhi, yang mempunya imej tersendiri iaitu hanya memakai cermin mata bulat dan sentiasa bertuala putih di bahu dan menjadi pujaan ramai penduduk India. Sevenraj juga pernah ditemubual oleh satu saluran televisen India kerana ketaksuban beliau tersebut.












Lelaki Dan Manusia Paling Pendek Di Dunia

Chandra Bahadur Dangi



Pada tahun 2012, Chandra Bahadur Dangi telah diiktiraf sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh Guinnes World Records pada ketika itu berumur 72 tahun berasal dari Nepal. Dangi setinggi 54.6 sentimeter, 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina yang berukuran 59.70sm. Dangi yang seberat 12 kilogram juga disytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

Lebih hebat lagi jika ia benar-benar berusia 72 tahun, beliau adalah orang yang paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinnes World Records. Chandra Bahadur Dangi dari sebuah keluarga miskin dan tidak berpendidikan tinggal dibahagian yang terpencil di Nepal. Ketinggian Dangi mula diukur oleh seorang pedagang kayu yang melawat kampung terpencil beliau pada bulan Januari 2012 kerana mendapati Dangi ada kelebihan untuk di masukan ke dalam Guinnes World Records.

Kerana bersaiz kecil beliau telah menjadi popular di negara miskin yang mempunyai penduduk seramai 26.6 juta orang dan pernah menjadi bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya.
Ibu bapanya meninggal dunia ketika beliau masih dalam usia remaja, dan hanya tinggal bersama saudaranya. Sehingga kini beliau tidak pernah berkahwin oleh kerana bentuk fizikalnya.

Kembar Siam Paling Lama Hidup Di Dunia

Ronnie Dan Donnie Gaylon Ketika Masih Kecil



Ketika Berumur 63 Tahun

Di Columbus, Amerika Syarikat sepasang kembar lelaki  diiktiraf sebagai kembar siam paling lama hidup di dunia oleh Guinness Book of World Records kerana setakat ini mereka telah berumur 63 tahun pada 28.Oktober.2014 yang lalu. Pasangan kembar siam tersebut Ronnie dan Donnie Gaylon dilahirkan dengan bahagian perut yang bercantum. Kembar Ronnie dan Donnie mempunyai empat kaki, empat tangan. Bagaimanapun jantung dan sistem percernaan mereka berasingan.

Mereka yang dilahirkan pada 28 Oktober 1951 terpaksa tinggal di Hospital St. Elizabeth Dayton, Ohio selama dua tahun. Namun, rancangan doktor untuk memisahkan mereka melalui pembedahan dihalang oleh ibu bapanya iaitu pasangan Wesley dan Eileen Galyon yang bimbang pembedahan tersebut gagal. Pasangan kembar siam tersebut Ronnie dan Donnie Gaylon sangat bersyukur dengan keputusan tepat ibubapa mereka ketika itu kerana mereka masih hidup sehingga sekarang. Keadaan fizikal tidak menghalang pasangan ini menceburi bidang hiburan selama tiga dekad dan pernah muncul di The Jerry Springer Show pada tahun 1997, dokumentari Discovery Channel pada tahun 1998 dan dokumentari Channel Five pada tahun 2009.

Mereka juga aktif dalam masyarakat dan menjalani kehidupan yang biasa sebahagian besarnya melalui kerusi roda khas mereka. Sebagai meraikan ulang tahun kelahiran mereka yang ke 63 pasangan kembar itu dibawa melawat Taman Tema Disney World dan Taman Busch di Florida

Untuk rekod pasangan kembar siam paling lama hidup sebelum ini dipegang oleh pasangan kembar siam dari Itali, Giacomo dan Glovanni Battista Tocci yang lahir pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada usia 63 tahun. 


Arca Haiwan Daripada Kompenan Kereta



Seorang lelaki dari Brisbane, Australia James Corbett 53, juga merupakan seorang artis telah menjadi perhatian ramai apabila menghasilkan arca berbentuk pelbagai haiwan dari komponen kompenan kereta termasuk kereta antik. Antara haiwan haiwan yang pernah dihasilkan oleh Corbett termasuk anjing, ayam, itik dan cheetah.

Beliau menghasilkan arca haiwan ini sejak tahun 1998 dan setiap arca mengambil masa hampir tiga minggu untuk disiapkan. Pada permulaannya Corbett hanya membina arca untuk menghiasi ruang hadapan kedainya sebelum seorang pelanggan membelinya setelah tertarik dengan hasil kerja tangannya.

Selepas arca pertama telah dibeli oleh pelanggannya ,tempahan yang datang menyusul selepas itu lebih banyak tanpa disangka oleh Corbett sehingga mengambil masa sepenuhnya untuk membina arca arca berbentuk haiwan ini. Terbaru sejumlah hasil seni terbaharu Corbett dipamerkan di sebuah galeri di bandar Moreton-in-Marsh di Britain. Harga sesebuah arca itu berada dalam lingkungan RM 16,322.00 hingga ke RM 78,891.00 .

Antara koleksi koleksi arca haiwan yang dihasilkan oleh James Corbett



 






Manusia Pertama Mendaki Air Terjun Beku Terbesar Di Dunia







Niagara Falls adalah air terjun yang paling terkenal di dunia. Lokasinya terletak di sempadan Kanada dan Amerika Syarikat yang sentiasa dikunjungi 20 juta pengunjung setahun. Niagara Falls juga merupakan mercu tanda kebangsaan bagi kedua-dua negara dan salah satu tarikan pelancong dunia kerana ia antara satu keajaiban alam semula jadi.

Kehebatan
Niagara Falls ini telah menarik perhatian seorang pendaki ais profesional iaitu Will Gadd , 47 tahun untuk mencuba dan telah berjaya mendaki bahagian beku air terjun terbesar tersebut. Cabaran mendaki air terjun beku ini ialah ketebalan ais yang berubah rubah iaitu antara satu dan 25 sentimeter menyebabkan setiap cengkaman pendakian perlu berbeza. Sebelum ini pendakian di
Niagara Falls dianggap mustahil untuk dicapai tetapi Will Gadd telah membuktikannya dan seterusnya menyelesaikan salah satu misi seumur hidupnya sebelum ini.

Lebih istimewa Gadd mempunyai 2 kerakyatan iaitu Amerika Syarikat dan Kanada. Pendakian Will Gadd setinggi 42.6 meter itu dibuat bersebelahan kira kira 150,000 tan air yang mengalir deras setiap minit pada kelajuan hampir 113 kilometer sejam, menyamai kuasa hentaman 4,000 buah lori 18 tayar. 
 
Kesimpulannya keseluruhan adalah persekitarannya yang kasar dan cabaran sengit untuk kekal melekat pada dinding air terjun beku tersebut apatah lagi mendaki ia dan seterusnya berjaya mencapai ke puncak.


   
 Saksikan rakaman video Gadd mendaki air terjun beku Niagara Falls di bawah

 

Hidangan Terakhir Restoran McDonald's Reykjavik,Iceland





Pasti anda tidak percaya dengan cerita tentang hidangan terakhir ini, ia berkaitan tentang hidangan burger dan kentang goreng yang masih tidak rosak walaupun enam tahun disimpan. Kisahnya bermula apabila seorang lelaki bernama Hjortur Smarason telah membeli hidangan McDonald's kira kira enam tahun lalu masih kelihatan segar dan tidak berkulat.

Niat dia untuk membeli hidangan itu sebenarnya sebagai kenangan hari terakhir sebuah restoran McDonald's beroperasi di bandar Reykjavik, Iceland pada Oktober 2009 . Selepas membeli hidangan terakhir itu Hjortur Smarason menyerahkan kepada Muzium Negara Iceland untuk disimpan tetapi selepas tiga tahun Muzium berkenaan menyerahkan kembali hidangan tersebut kepadanya atas alasan makanan itu tidak sesuai untuk dipamerkan.
 
 
Hidangan McDonald's yang telah dipulangkan semula oleh Muzium Negara itu disimpan semula oleh beliau dalam satu bekas plastik kerana masih tidak rosak dan berkeadaan baik. Setelah enam tahun keadaan nya masih sama seperti dibelinya pada tahun 2009 dulu. Dari segi sejarah makanan ini merupakan salah satu sejarah Iceland kerana negara itu merupakan antara beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai cawangan restoran McDonald's.

Badan Pesawat Dan Bom Jadi Perabot Mahal



 Sebuah syarikat perabot mewah telah membawa makna baru dengan mencipta perabot sepenuhnya daripada badan pesawat dan bom lama. Penciptaan luar biasa ini adalah koleksi perabot yang ditempah khas oleh pembelinya dan peminat barangan unik.

Pemiliknya Ben dan Harry Tucker sanggup meninggalkan pekerjaan mereka dalam bidang pelaburan hartanah untuk menubuhkan syarikat perabot yang diberi nama Fallen Furniture pada tahun 2013. Mereka mengambil roda, enjin, sayap dan rangka bom kebanyakan dari kapal terbang British lama dan menggunakan daya kreativiti unik menghasilkan perabot untuk disesuaikan dengan ruang rumah dan pejabat. 

Ben dan Harry Tucker mengambil keputusan beberapa tahun lalu mahu melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjaya baru ini. Mereka mengambil inspirasi ciptaan mereka dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang membuat barangan daripada bahagian kapal terbang lama tetapi dengan sentuhan ajaib mereka sendiri. 

Ben dan Harry Tucker bekerjasama dengan pembekal pesawat dan seterusnya membekalkan bahagian-bahagian yang diperlukan oleh mereka. Semua bahagian yang mereka gunakan diperoleh daripada pesawat British. Antara koleksi perabot yang paling besar yang telah mereka hasilkan ialah kabinet minuman daripada bom kluster 1970 seberat 272 kilogram. 

Antara perabot lain yang dihasilkan ialah lampu perhiasan daripada ekzos kapal terbang BAE146,meja daripada pintu kecemasan pesawat Airbus 320. Setiap tempahan meja serta perabot boleh mencecah harga sehingga RM 272,450 dan biasanya dibeli oleh pelanggan yang kaya. Proses untuk membina perabot perabot ini mengambil masa kira kira enam bulan untuk disiapkan dan menelan belanja yang mahal.

Walaupun harga perabot Ben dan Harry Tucker sangat mahal tetapi semua pelanggan berpuas hati kerana setiap produk yang mereka hasilkan sangat unik serta ada sejarahnya tersendiri dan yang paling istimewa tidak terdapat dimana mana kedai perabot. Perancangan mereka seterusnya selepas ini adalah untuk membina pembesar suara gergasi yang diperbuat daripada tempat letak enjin jet jumbo. 

Saksikan dibawah antara koleksi perabot yang dihasilkan oleh Ben dan Harry Tucker

Kabinet minuman dari bom kluster berharga £ 50,000
 



Rim Tayar Pesawat
 



Lampu meja dibuat dari sayap sebuah Airbus A320
Meja kopi dibuat dari pintu kecemasan pesawat Airbus A320
 


Lampu besar dibuat dari ekzos enjin BAE 146
Jam dibuat dari fiuslaj sebuah pesawat Boeing 747
  
Jam dinding dibuat darifiuslaj Boeing 747 jet jumbo



Manuskrip Majalah Terkecil Bernilai RM 2.48 Juta

Manuskrip Majalah Young Men,s
Charlotte Bronte
Majalah terkecil bernilai RM2.48 juta? Kedengaran seperti tidak logik,majalah kecil sebegitu mempunyai harga sehingga jutaan ringgit. Sebenarnya majalah kecil ini tergolong dalam kategori barangan manuskrip antik dan pelik sebab itu ia mempunyai nilai yang tinggi.

Manuskrip majalah Young Men's edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada tahun 1830 dan sekarang dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits.

Muzium itu telah membeli manuskrip itu pada harga AS$826.287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember 2011.

Manuskrip itu mengandungi watak watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya.

Mesin Gergaji Terbesar Di Dunia


 





Melombong di pergunungan bukan satu tugas yang mudah melainkan anda memiliki Mesin Gergaji terbesar di dunia. 
 
Mesin gergaji ini seberat 45,000 tan, jentera ini boleh memotong hampir apa sahaja, termasuk bukit besar untuk melombong arang batu.Untuk beroperasi sepenuhnya mesin ini memerlukan seramai 27 orang pekerja bagi mengendalikannya pada satu-satu masa. Ketinggian mesin ini ialah 12 meter, kira-kira ketinggian yang sama seperti sebuah bangunan empat tingkat dan bernilai hampir RM 362 juta.

Ia digunakan dalam perlombongan arang batu dan boleh melombong 4,500 tan arang batu dalam tempoh sejam, ia benar-benar adalah sebuah mesin yang luar biasa. Tetapi jangan bimbang berkaitan pelanggaran kenderaan lain dengan mesin ini kerana mesin gergaji ini dianggap sebagai jisim kaku oleh kerana ia hanya boleh bergerak satu batu setiap tiga jam.

 Jika berminat untuk melihat mesin gergaji terbesar di dunia ini hanya boleh didapati di lombong arang batu tunggal terbesar di dunia, Bogatyr Mine berhampiran bandar Ekibastuz di Kazakhstan.Anda pasti tidak takut dengan bentuknya yang besar tetapi pasti lebih kagum dengan kuasa dan rekabentuknya. Saksikan video operasi mesin gergaji di bawah



Menjaga Misai Unik Selama 38 Tahun



Seorang lelaki dari Leicester, Britain iaitu Paresh Hindocha 56 tahun telah membela dan menjaga misainya selama 38 tahun untuk mendapatkan satu bentuk misai yang unik. Untuk mendapatkan misai yang unik itu dia telah memperuntukan hampir 1 jam 30 minit sehari pada waktu pagi.

Paresh Hindocha membentuk misainya itu dengan mengunakan pengering rambut, pengeras dan sejenis gam khas. Minatnya membela misai bermula dari remaja lagi dan tidak pernah memotong misai sejak itu. Misai unik Paresh Hindocha sudah berusia 38 tahun dan impiannya berharap supaya ia terus tumbuh sehingga akhir hayat.

Dengan misai uniknya itu dia telah mendapat perhatian orang ramai apabila setiap kali keluar dari rumah pasti ada sahaja yang mahu bergambar dengannya. Sebagai bukti dia telah menyimpan misai itu telah lama Paresh Hindocha telah menyimpan sekeping gambarnya ketika berusia 20 tahun dan boleh juga membandingkan misainya pada waktu itu dengan sekarang.

Cinta Tidak Mengenal Usia

Betul lah ungkapan yang kita pernah dengar "cinta tidak mengenali usia", seperti lelaki yang bernama  Kyle Jones berusia 31 tahun dari Pittsburgh, Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia mempunyai seorang kekasih yang berumur dua kali ganda lebih tua daripada usianya.

Terkini beliau bercinta dengan seorang wanita berusia 65 tahun yang dikenali sebagai Karen selepas berkenalan menerusi laman web mencari jodoh. Sejak 5 tahun lalu dia hanya bercinta dengan wanita berusia 60 tahun ke atas kerana mendapatti wanita berusia lebih cantik dan menghairahkan.

Bekas kekasihnya yang paling tua berusia 91 tahun dan mempunyai hubungan yang sangat hebat satu ketika dahulu. Kyle Jones sangat menyukai kesemuanya berkenaan wanita tua, bau dan wajah, malah gigi palsu mereka boleh membuatkan dia ghairah.

Fanatiknya terhadap wanita tua ini bermula sejak Kyle Jones masih bersekolah pada ketika itu umurnya 18 tahun dan telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 60-an.

Antara bekas bekas kekasih Kyle Jones dengan wanita berumur seperti dibawah:-

 Marjorie McCool 91 dan Anna Roland 68 tahun

Karen
Macam macam ragam manusia di akhir zaman ini, terserahlah pada kita untuk menerima atau menolaknya. Tidak semestinya apa yang kita fikir tidak logik tentang sesuatu perkara itu boleh disamakan dengan pemikiran orang lain kerana pandangan setiap orang berbeza beza.

Senjata Api Berubah Menjadi Peralatan Muzik


Seorang pengukir terkenal, Pedro Reyes menghabiskan masa selama 2 tahun untuk menghasilkan pelbagai jenis peralatan muzik dengan menggunakan komponen daripada 6,700 senjata api. Bekalan senjata api diperolehi daripada polis yang merampas penyeludupan senjata api dan bekalan daripada pemilik yang menyerahkannya secara sukarela.

Antara peralatan muzik yang dihasilkan ialah xilofon, piano dan dram. Beliau juga pernah menghasilkan peralatan muzik yang boleh mengeluarkan bunyi seperti gitar bes.

Antara peralatan muzik yang pernah dihasilkan adalah seperti di bawah:-



  










Ini menjadi contoh yang baik untuk kita supaya berfikiran positif walaupun senjata api itu berbahaya tetapi dengan sentuhan Pedro Reyes ia menjadi peralatan muzik yang menghasilkan alunan muzik yang hebat.