Halaman

Hidangan Terakhir Restoran McDonald's Reykjavik,Iceland





Pasti anda tidak percaya dengan cerita tentang hidangan terakhir ini, ia berkaitan tentang hidangan burger dan kentang goreng yang masih tidak rosak walaupun enam tahun disimpan. Kisahnya bermula apabila seorang lelaki bernama Hjortur Smarason telah membeli hidangan McDonald's kira kira enam tahun lalu masih kelihatan segar dan tidak berkulat.

Niat dia untuk membeli hidangan itu sebenarnya sebagai kenangan hari terakhir sebuah restoran McDonald's beroperasi di bandar Reykjavik, Iceland pada Oktober 2009 . Selepas membeli hidangan terakhir itu Hjortur Smarason menyerahkan kepada Muzium Negara Iceland untuk disimpan tetapi selepas tiga tahun Muzium berkenaan menyerahkan kembali hidangan tersebut kepadanya atas alasan makanan itu tidak sesuai untuk dipamerkan.
 
 
Hidangan McDonald's yang telah dipulangkan semula oleh Muzium Negara itu disimpan semula oleh beliau dalam satu bekas plastik kerana masih tidak rosak dan berkeadaan baik. Setelah enam tahun keadaan nya masih sama seperti dibelinya pada tahun 2009 dulu. Dari segi sejarah makanan ini merupakan salah satu sejarah Iceland kerana negara itu merupakan antara beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai cawangan restoran McDonald's.

Tiada ulasan: