Anda beruntung jika anda mempunyai kulit muka yang bebas daripada
masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain. Namun itu bukan alasannya
untuk anda memandang enteng dalam soal penjagaan kulit muka. Siapa kata
menjaga kulit muka adalah sukar? Tidak perlu kusutkan fikiran untuk
mendapatkan rawatan spa kulit sebagainya. Hanya lakukan tiga langkah
mudah ini untuk menjaga kulit muka anda.
Mencuci muka
Pencuci muka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicari. Beratus-ratus
jenama pencuci muka terdapat di pasaran untuk anda pilih. Tidak
semestinya perlu yang mahal untuk mendapatkan hasil kulit yang terbaik.
Anda hanya perlu mencari pencuci yang sesuai dengan kulit anda dan
teruskan menggunanya. Elak daripada mencampur-campurkan jenama produk
berlainan. Pencuci yang mengandungi banyak buih mampu membuat kulit
anda kering. Mungkin anda juga boleh mencuba mencuci muka menggunakan
bahan-bahan berasaskan organik seperti susu , yogourt atapun oat.
Siapa tahu jika ia berkesan pada kulit anda.
Pelembab
Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, setelah membersih dan menyegar ,
pastikan anda tidak mengabaikan langkah seterusnya iaitu melembabkan
kulit wajah. Bagi kulit normal, kandungan minyak semula jadi sudah
dimiliki. Namun adakalanya ia akan menjadi kering disebabkan pelbagai
faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Pilih pelembab yang
ringan dalam bentuk losyen.
Bagi anda yang memiliki kulit kering pula, pelembab adalah penting
untuk menjaga keanjalan kulit wajah anda. Gunakan pelembab yang
bertekstur keras seperti krim. Sebaliknya jika anda mempunyai kulit
berminyak, elakkan daripada menggunakan pelembab. Ini kerana kejenjar
sebum anda sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh
menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak yang
berasaskan air.
Pelindung UV
Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kala tidak dapat dielakkan.
Maklumlah, kita tinggal di negara beriklim panas di Malaysia. Tahukah
anda, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu
membuatkan kulit anda berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu,
tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan
kandungan SPF paling kurang, 30. Bagi kulit yang berminyak, gunakan
pelindung yang mengandungi bahan mineral dan organik.
Yang sebenarnya tidak sukar menjaga kulit wajah. Bagi yang benar-benar
tidak berkesempatan, cukuplah lakukan tiga langkah mudah ini. Apa yang
penting adalah membersih dan melindunginya daripada kotoran luar. Kulit
wajah merupakan aset paling penting harus dijaga oleh wanita. Jangan
nanti bila kulit sudah bermasalah baru ingin bertindak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan