Halaman

Penerima Pingat Ratu Elizabeth 11 Paling Muda


Penerima pingat itu adalah Bryden Hutt, seorang anak muda dari Yarmouth, adalah salah seorang daripada 60 rakyat Kanada yang menerima Pingat Jubli Diamond di Ottawa pada 06.Feb.2012. Beliau merupakan murid gred tiga di Sekolah Komuniti Meadowfields, Yarmouth, Kanada pada ketika itu.

Perdana Menteri Stephen Harper dan Gabenor Jeneral David Johnston telah menyampaikan pingat tersebut di Dewan Rideau. Pingat itu diberikan kepada rakyat Kanada yang telah membuat pelbagai sumbangan cemerlang kepada masyarakat dan negara mereka.

Dalam kes Bryden ini, pingat itu adalah sebagai mengiktiraf dedikasi sembilan tahun beliau dalam usaha beliau menyokong Kanak-Kanak Yayasan Harapan. Sejak beberapa tahun kebelakangan
Bryden telah mengumpul sekitar $ 35,000 untuk organisasi.

Bryden dilahirkan dengan Sindrom Omenn ketika masih bayi lagi, menyebabkan dia tiada sistem imun yang berfungsi. Ketika berusia lima bulan beliau telah menjalani pemindahan sum-sum tulang. Maklumat penderma untuk
Bryden tidak diketahui beberapa tahun oleh keluarganya iaitu seorang pemuda dari Jerman bernama Felix Kruse.

Sejak mengetahui maklumat penderma itu keluarganya menjadi rapat dengan penderma sumsum tulang tersebut dan selalu berhubung melalui panggilan telefon, surat dan bertukar tukar gambar dengan Kruse, memandangkan jarak yang memisahkan mereka.

Pada tahun 2008, Bryden telah ditawarkan hajat beliau oleh kanak-kanak Wish Foundation, untuk lawatan ke Disneyworld di Florida. Apabila ditanya siapa dia mahu membawa bersama-samanya, selain daripada ibu bapanya Beliau meminta supaya Kruse menyertai mereka di percutian tersebut dan akhirnya
Bryden dapat bertemu dengan orang yang telah menyelamatkan nyawanya ketika dia masih bayi. Begitulah pergorbanan dan jasa seorang kanak kanak terhadap masyarakat sekelilingnya walaupun beliau tidak sempurna seperti kita.

Tiada ulasan: