Sekarang ni ramai orang termasuk ibu bapa menjadi kiasu, dalam pelbagai aspek. Boleh jadi kiasu yang bagus dan memotivasikan, dan juga kiasu yang ‘mematikan’. Kiasu yang memotivasikan menonjolkan semangat ingin berjaya, bersemangat, gigih berusaha… untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Kiasu yang mematikan pula ialah kiasu yang ‘tak mahu kalah, dan tak mahu orang lain menang’.
Sesiapa yang menghidap penyakit kiasu negatif ini memang berbahaya kerana mereka berpotensi untuk membuat apa saja bagi menjatuhkan pesaingnya.
Bercakap tentang kiasu di kalangan ibu bapa, sifat2 yang terserlah dari awal kelahiran si anak, hinggalah si anak besar panjang. Misalnya:
- Anak dia saja lah yang tembam, anak orang lain kurus-kurus
- Anak dia saja lah yang advance, anak orang lain biasa saja
- Anak dia saja lah yang cepat, anak orang lain lembab
Biasa kita dengar dialog begini:
Ibu Biasa “Anak aku dah pandai berjalan semalam semasa umur 13 bulan!”
Ibu Kiasu “Hmm.. biasa je. Anak aku umur 7 bulan dah berlari”
Di atas itu adalah sifat-sifat kiasu negatif yang patut kita buanglah. Raikan bersama-sama kegembiraan sahabat, itukan lebih baik.
Sekarang ni kita tengok ramai ibu bapa yang punya kiasu positif, terutama dalam pendidikan anak-anak. Seawal di alam rahim, anak-anak sudah diberi rangsangan agar menjadi pintar. Lahir-lahir dah dapt flash card, umur 3-4 bulan dah pandai membaca. Hampir semua ibu bapa teruja, terutama bila melihat bayi lain sudah pintar membaca di awal usia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan