Melombong di pergunungan bukan satu tugas yang mudah melainkan anda memiliki Mesin Gergaji terbesar di dunia.
Mesin gergaji ini seberat 45,000 tan, jentera ini boleh
memotong hampir apa sahaja, termasuk bukit besar untuk melombong arang batu.Untuk beroperasi sepenuhnya mesin ini memerlukan seramai 27 orang pekerja bagi mengendalikannya pada satu-satu masa. Ketinggian mesin ini ialah 12 meter,
kira-kira ketinggian yang sama seperti sebuah bangunan empat tingkat dan bernilai hampir RM 362 juta.
Ia digunakan dalam perlombongan arang batu dan boleh
melombong 4,500 tan arang batu dalam tempoh sejam, ia benar-benar adalah sebuah mesin yang luar biasa. Tetapi jangan bimbang berkaitan pelanggaran kenderaan lain dengan mesin ini kerana mesin gergaji ini dianggap sebagai jisim kaku oleh kerana ia hanya boleh bergerak satu batu setiap tiga jam.
Jika berminat untuk melihat mesin gergaji terbesar di dunia ini hanya boleh didapati di lombong
arang batu tunggal terbesar di dunia, Bogatyr Mine berhampiran
bandar Ekibastuz di Kazakhstan.Anda pasti tidak takut dengan bentuknya yang besar tetapi pasti lebih kagum dengan kuasa dan rekabentuknya. Saksikan video operasi mesin gergaji di bawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan