Halaman

Roller Coaster Tertinggi Dan Terlaju Di Dunia 2015


Pada akhir bulan Mac 2015 Taman Hiburan Carowinds di Charlotte, California telah membuka roller coaster tertinggi dan terpantas di dunia yang dinamakan The Fury 325. Roller coaster jenis giga coaster itu mempunya ketinggian 99 meter iaitu enam meter lebih tinggi daripada patung Liberty dengan kelajuan 153 kilometer sejam serta mempunya tahap kecuraman 81 darjah yang dikatakan benar-benar menguji tahap keberanian seseorang.

Dari video promosi yang telah dilakukan di dalam laman Facebook telah mendapat perhatian orang ramai dengan jumlah tontotan sebanyak 700,000 kali. Pembinaan The Fury 325 adalah sebahagian daripada perancangan meluaskan taman hiburan ini membabitkan kos perbelanjaan sebanyak RM 184.28 juta.

Roller coaster ini sepanjang dua kilometer dan dibina menggunakan 1,905 tan besi . Jadi untuk pengemar pengemar roller coaster bolehlah untuk mencuba menaikinya dan merasai kehebatan roller coaster ini.


Tiada ulasan: