Halaman

Badan Pesawat Dan Bom Jadi Perabot Mahal



 Sebuah syarikat perabot mewah telah membawa makna baru dengan mencipta perabot sepenuhnya daripada badan pesawat dan bom lama. Penciptaan luar biasa ini adalah koleksi perabot yang ditempah khas oleh pembelinya dan peminat barangan unik.

Pemiliknya Ben dan Harry Tucker sanggup meninggalkan pekerjaan mereka dalam bidang pelaburan hartanah untuk menubuhkan syarikat perabot yang diberi nama Fallen Furniture pada tahun 2013. Mereka mengambil roda, enjin, sayap dan rangka bom kebanyakan dari kapal terbang British lama dan menggunakan daya kreativiti unik menghasilkan perabot untuk disesuaikan dengan ruang rumah dan pejabat. 

Ben dan Harry Tucker mengambil keputusan beberapa tahun lalu mahu melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjaya baru ini. Mereka mengambil inspirasi ciptaan mereka dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang membuat barangan daripada bahagian kapal terbang lama tetapi dengan sentuhan ajaib mereka sendiri. 

Ben dan Harry Tucker bekerjasama dengan pembekal pesawat dan seterusnya membekalkan bahagian-bahagian yang diperlukan oleh mereka. Semua bahagian yang mereka gunakan diperoleh daripada pesawat British. Antara koleksi perabot yang paling besar yang telah mereka hasilkan ialah kabinet minuman daripada bom kluster 1970 seberat 272 kilogram. 

Antara perabot lain yang dihasilkan ialah lampu perhiasan daripada ekzos kapal terbang BAE146,meja daripada pintu kecemasan pesawat Airbus 320. Setiap tempahan meja serta perabot boleh mencecah harga sehingga RM 272,450 dan biasanya dibeli oleh pelanggan yang kaya. Proses untuk membina perabot perabot ini mengambil masa kira kira enam bulan untuk disiapkan dan menelan belanja yang mahal.

Walaupun harga perabot Ben dan Harry Tucker sangat mahal tetapi semua pelanggan berpuas hati kerana setiap produk yang mereka hasilkan sangat unik serta ada sejarahnya tersendiri dan yang paling istimewa tidak terdapat dimana mana kedai perabot. Perancangan mereka seterusnya selepas ini adalah untuk membina pembesar suara gergasi yang diperbuat daripada tempat letak enjin jet jumbo. 

Saksikan dibawah antara koleksi perabot yang dihasilkan oleh Ben dan Harry Tucker

Kabinet minuman dari bom kluster berharga £ 50,000
 



Rim Tayar Pesawat
 



Lampu meja dibuat dari sayap sebuah Airbus A320
Meja kopi dibuat dari pintu kecemasan pesawat Airbus A320
 


Lampu besar dibuat dari ekzos enjin BAE 146
Jam dibuat dari fiuslaj sebuah pesawat Boeing 747
  
Jam dinding dibuat darifiuslaj Boeing 747 jet jumbo



Tiada ulasan: