Halaman

Terima Pendapatan Yang Tinggi Setelah Meninggal



Dari laporan majalah Forbes kedudukan pertama ialah individu dimaksudkan adalah bekas bintang pop lagenda Michael Jackson iaitu menerima pendapatan sebanyak AS$140 juta pada tahun 2014 menerusi albumnya yang berjudul Xscape dan kemunculan semula Raja Pop itu melalui persembahan hologram di Majlis Anugerah Muzik Billboard.

Untuk tempat kedua bagi kategori ini ialah Raja Rock and Roll, Elvis Presley memperolehi pendapatan berjumlah AS$55 juta melalui bayaran royalti melibatkan lagu dan imej mendiang.

Pelukis kartun lagenda, Charles Schulz yang mencipta watak Charlie Brown dan Snoopy memperolehi pendapatan sebanyak AS$40 juta menerusi penjualan cenderamata watak watak popular berkenaan. Pada tahun 2015, pendapatan mendiang dijangka meningkat sekali ganda selepas watak berkenaan bakal muncul dalam satu filem animasi terbitan syarikat Fox.

Aktres lagenda Hollywood, Elizabeth Taylor berada di tempat keempat selepas menjana pendapatan sebanyak AS$25 juta daripada jualan minyak wangi jenama pelakon itu dan bayaran royalti daripada filem lakonannya.

Penyanyi irama reggae popular, Bob Marley memperoleh pendapatan berjumlah AS$20 juta selepas wajahnya sering dijadikan hiasan beg, baju -T dan satu rangkaian minuman buah-buahan.

Forbes memperolehi anggaran pendapatan ini selepas mengumpul data daripada pengurus harta selebriti berkenaan, ejen, syarikat rakaman dan sumber sumber lain.

Tiada ulasan: