Halaman

Pembunuh Bersiri Paling Muda Di Dunia


Thiago Henrique Gomes da Rocha ditangkap pada umur 26 tahun kerana membunuh seramai 39 orang dan dari jumlah itu seramai 16 wanita telah dibunuhnya dari bandar Goiania, Brazil termasuk pondan dan golongan gelandangan. Mangsa paling muda pula direkodkan berusia 14 tahun.

Dia yang tinggal bersama ibunya di bandar Goias, Brazil membuat pengakuan membunuh mangsa mangsanya hanya kerana mengurangkan perasaan cemasnya. Penahanannya pada 14 Oktober 2014 pada mula disiasat kerana mencuri nombor plat motosikal di sebuah pasar raya.

Modus operandinya ialah menaiki motosikal untuk menembak mangsa dengan senjata api jenis revolver 38 sambil menjerit rompakan tetapi Thiago Henrique Gomes da Rocha akan melarikan diri tanpa mengambil sebarang barangan berharga mangsa.

Pada permulaan pembunuhan bersirinya dia membunuh secara rawak tetapi kemudian mengakhiri dengan satu bentuk corak pembunuhan yang terancangan.

Tiada ulasan: