Pernah tak korang bangun pagi dan hidup terasa kosong? Atau lebih tepat
lagi, korang dah bosan asyik buat benda yang sama setiap hari. Celik
mata pergi kerja, balik rumah, tidur, dan esok ulang celik mata.
Bak kata Bob Marley,
“life is too short to wake up in the morning with regrets.” Jadi
apa kata, pagi esok korang bangun tidur dan cuba 12 cabaran yang kami
cadangkan ni. Kami boleh jamin hidup korang lepas ni akan rasa lebih
tenang dan bermakna.
1. Ajak Crush Keluar Makan Malam
Sekali sekala beranikan diri ajak seseorang yang korang dah lama minat
tu keluar makan. Kalau tak nak rasa awkward, korang siasat dulu dia
pakar dalam bidang apa. Contohnya dia pandai akaun, korang acah-acah
minta tolong dia ajar macam mana nak uruskan akaun business
kecil-kecilan yang korang baru mula tu.
Tapi yang paling penting sekali, pastikan diri korang nampak cantik
untuk temujanji pertama tu, okay? Sediakan senarai things-to-do yang
boleh korang lakukan untuk kekal berseri dalam masa 12 hari sebelum
temujanji.
2. Pantang Gula 12 Hari
Salah satu cara untuk kelihatan lebih kurus sebelum temujanji ialah
dengan menjaga makan dan berpantang dari mengambil gula. Cuba usahakan
cabaran ini dalam masa 12 hari dan lihat hasilnya.
3. Ikuti Amalan Pengamal Kesihatan
Perempuan adalah golongan yang paling mementingkan kecantikan diri
dalaman dan luaran. Kadang-kadang susah nak pastikan kedua-dua
kecantikan itu dijaga dengan seimbang. Seperti artis kita iaitu Kaka,
Hunny & Marsha, cara paling senang ialah dengan pengambilan pati
prun InnerShine. Pati ini mampu menyingkirkan toksin dalam badan dan
mengekalkan kesihatan dan kecantikan.
4. Impromptu Solo Trip
Kami rasa semua orang patut cuba cabaran ini. Alangkah seronoknya hidup
ini kalau bangun tidur boleh terus pergi airport dan beli tiket kapal
terbang ke mana-mana sahaja destinasi yang korang suka. Sekiranya tak
mampu ke luar negara, melancong dalam negara pun sudah memadai. Asalkan
korang dapat lari dari realiti sebentar dan tenangkan minda dengan aman
untuk beberapa hari.
5. Keluar Rumah Tanpa Makeup
Kalau perasan, tak ramai perempuan yang berani keluar rumah dengan wajah
bersih tanpa sebarang solekan. Tapi tahukah korang bahawa lelaki
sebenarnya lebih suka gadis yang cantik semulajadi.
Jadi, jom cabar diri tak sentuh makeup langsung selama 12 hari dan
biarkan kulit wajah anda bernafas segar. Dengan cara macam ni, secara
tak langsung korang pun boleh tingkatkan keyakinan diri.
6. Belikan Makanan Untuk Stranger
Apalah sangat setakat belanja satu set makanan tengah hari atau makan
malam untuk individu yang duduk berseorangan sebelah meja korang. Mana
tahu satu hari nanti giliran korang pula dibelanja
stranger. Hehe.
7. Buat Squat Dalam 12 Hari
Sebenarnya ramai perempuan jealous dengan kecantikan punggung Kilafairy
yang melentik. Tapi setakat cemburu dan puji diam-diam je tak guna
kalau kita sendiri tak ada usaha nak dapatkan bentuk badan yang cantik
macam tu.
Solusinya, silalah rajinkan diri cari masa untuk bersenam dan lakukan
squat dengan gigih. Bila dah terbiasa buat selama 12 hari, teruskan lagi
untuk hari-hari seterusnya, mana tahu lepas tu punggung anda jadi
macam Kim Kardashian pula. Hehe.
8. Tahan Diri Dari Shopping
Haa kami pasti ramai perempuan di luar sana kurang yakin dengan cabaran
yang satu ni. Bukan apa, perempuan dan shopping memang tak dapat
dipisahkan. Tapi tak salah cabar diri sendiri kan? Kalau korang berjaya
lakukan ini dalam masa 12 bulan, korang memang terbaik.
9. Jadi Sukarelawan
Cari persatuan atau pergerakan yang sedang aktif melakukan kerja-kerja
kebajikan dan sertailah mereka sekali sekala. Bukan sahaja korang dapat
pahala, tapi juga dapat melihat sisi lain kehidupan dari sudut yang
berbeza. Ini adalah cara terbaik untuk lebih menghargai kehidupan
korang.
10. Telefon Adik/Kakak/Abang Dan Ucap I Love You
Tak ramai antara kita yang bersikap terbuka dalam meluahkan perasaan kasih dan sayang terhadap adik beradik.
Pedulikan apa adik, abang atau kakak korang nak kata. Biar diorang fikir
korang gila atau buang tebiat asalkan korang sempat cakap I Love You
pada diorang. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita atau
mereka pada masa akan datang.
11. Buat Perkara Yang Anda Takuti
Setiap orang mesti ada beberapa ketakutan yang menghantui hidup dia.
Contohnya macam ular, takut masuk rumah hantu, atau takut pada
ketinggian.
Tak kira apa pun perkara yang paling korang geruni, sila cabar diri
korang atasi ketakutan itu. Percayalah, korang akan rasa bangga dengan
diri sendiri selepas itu.
12. Masuk Pertandingan Menyanyi
Suara korang sedap bak buluh perindu? Tunggu apa lagi, tunjukkan bakat
dengan masuk pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak , yang
terkini adalah dianjurkan oleh InnerShine. Jangan lupa cuba, okay!