Halaman

5 Nasi Lemak Terbaekkk Dari Malaysia

Malaysia memang  terkenal dengan menu makanan yang datang dari pelbagai. Paling tidak  boleh dinafikan keunggulannya sebagai makanan paling sedap dan menjadi  juadah kegemaran ramai adalah Nasi Lemak. Tidak pasti dari mana permulaannya tapi mengikut cerita orang lama, Nasi  Lemak merupakan makanan orang kampung yang bekerja sebagai nelayan dan  petani dimana mereka membungkus Nasi Lemak menggunakan  daung pisang.
 

  Namun ada juga sesetengah pihak yang mengatakan Nasi Lemak adalah seakan-akan nasi Wudhuk yang boleh didapati di Indonesia.
 

  Walaubagaimanapun, keunikan Nasi Lemak tidak boleh ditandingi apatah lagi jika ianya dibungkus dengan daun pisang.
 

  Bagi mereka yang belum mencuba, cari tempat yang akan kami sarankan dan cuba sendiri, pasti mahu lagi! Namun pihak nutrisi menyarankan agar tidak mengambil Nasi Lemak sebagai menu  pagi anda dikhuatiri kalori di dalam badan berlebihan dan menyebabkan  masalah obesiti dan sebagainya. Apa jua jenis makanan yang diambil,  berpada-padalah!

Nasi Lemak Mali’s Corner
  Lokasi : Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur


Nasi Lemak yang popular di Setapak iaitu Nasi Lemak Mali’s yang mula  beroperasi pada tahun 1997. Dibuka dari jam 5 petang hingga keesokkan  paginya. Namun mereka seringkali menutup kedai sejurus selepas Nasi  Lemak habis iaitu di sekitar jam 3 pagi. Tidak pernah putus-putus  menerima kunjungan dari pelbagai golongan, yang pasti mereka percaya  dengan rasa yang masih sama di Nasi Lemak Mali’s ini. Antara artis yang  pernah datang ke kedai adalah Fasha Sandha dan juga Afdlin Shauki.  Antara keistimewaan yang terdapat di kedai ini adalah Char Kuey Teow  yang lazat serta udang segar . Sebelum makan, terlebih dahulu anda harus  beratur panjang untuk memesan makanan.
 

  Nasi Lemak Famous , Bangsar
  Lokasi : Corner of Bangsar Selera Food Court , Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur.


Kebiasaan Nasi Lemak dijual pada pagi hari namun bagi mereka yang  mengidam mencari Nasi Lemak di waktu malam dengan rasanya yang dijamin  sedap, boleh pergi dan cuba  Nasi Lemak Famous di Selera foodcourt Bangsar. Harga dari sepinggan  Nasi Lemak boleh didapati dari RM2.00. Harga tersebut dikira murah jika  berada di kawasan Bangsar. Paling popular adalah Nasi Lemak Ayam goreng,  harga dari RM5.50 untuk satu set.
 
  Nasi Lemak Maybank
  Lokasi : Maybank mamak @ Restaurant Sun Fatt Kee, Jalan 22/11B, Seapark, PJ.


Situasinya seperti mamak namun keistimewaan sudah pasti Nasi Lemak yang mereka miliki. Bukan pihak Maybank  yang membuka cawangan Nasi Lemak. Gerai ini dinamakan Nasi Lemak  Maybank adalah kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Maybank di Petaling Jaya.  Keenakkan ayam goreng dan juga Nasi Lemak mereka yang dihidangkan di  dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan anda tidak larat berganjak  apabila kekenyangan.  Sambalnya yang pedas namun bukan sahaja pedas,  terdapat rasa manis di dalamnya yang memberi keseimbangan rasa kepada  lidah kita apabila memakannya.  Ayam goreng berlemak sememangnya menjadi  pilihan penggemar Nasi Lemak di Kuala Lumpur.  Apa yang perlu anda ingat sebelum datang, elakkan dari datang bersama  kumpulan yang ramai kerana limitasi tempat yang kurang agak sukar jika  datang ramai.
 

  Nasi Lemak panas daun pisang
  Lokasi : Medan Selera 223, Jalan 223, Petaling Jaya Selangor


Masih mengekalkan teknik pembungkusan tradisional, Yati Nasi Lemak yang  bersebelahan dengan Amway merupakan daya tarikan di medan selera Jaya  223. Terdapat 2 jenis pilihan Nasi Lemak dimana satu dari bungkusan  bewarna biru rasanya adalah lebih manis dan basah manakala satu lagi  yang mempunyai tanda  merah adalah lebih kering dan lebih pedas. Namun keenakkan bagi  kedua-dua Nasi Lemak ini dijamin sedap. Anda mempunyai dua pilihan jika  datang ke gerai Nasi Lemak Yati. Memang berbaloi! Harga Nasi Lemak ini  hanyalah RM 1 sebungkus.
 

  Nasi Lemak Kafetaria Istana Budaya
  Lokasi : 58 Jalan Kuantan Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Ianya bukanlah tempat sesuai untuk bersantai atau makan bersama rakan  namun jika anda seorang hantu Nasi Lemak dan sudah mencuba pelbagai Nasi  Lemak dari serata negeri,  apa kata kali ini anda pergi pula ke kafetaria Istana Budaya, di sana  mereka ada menjual Nasi Lemak daun pisang yang sememangnya lazat dengan  sambal yang rasa seperti di rumah. Jika anda hanya memakan sebungkus,  mungkin ada peluang untuk anda menambah sekali lagi.

Tiada ulasan: