Bermula dari zaman Mesir Kuno, orang Mesir kuno
sudah mengunakan tuala wanita pada masa itu yang dibuat dari daun
papyrus yang dilembutkan dan bentuknya seperti tampon. Lalu berkembang
di Yunani kuno dengan menggunakan bahan kapas halus dan dan dibungkus
kayu kecil.
Pelbagai macam bahan yang digunakan untuk membuat tuala wanita seperti
rumput kering , wol, kapas, bekas kain, mahupun serat sayuran.
Bentuknya sama dimasukan kedalam bekas dan diletakan di antara kedua
kaki.
Pada tahun 1867 menstrualcup ditemui. Mangkuk ini diletakan kedalam bekas kain yang dihubungkan dengan belt yang
diikat di pinggang. Pada masa itu, wanita tidak menggunakan apa-apa
alas, sehingga habis datang bulan mereka memakai pembalut tersebut.
Pada tahun 1876, bahan dari mangkuk menstruasi tersebut diganti
bahannya menjadi bahan serapan yang memungkinkan dapat menampung darah
haid, lalu terus mengalir melalui salur terus ke bekas takungan
yang dipasang pada luar badan. Namun, yang menggunakan menstrual cup hanya
orang-orang tertentu saja. Orang kurang mampu masih menggunakan kain
yang boleh dicuci dan dipakai berulang kali, kerana mereka tidak mampu
membeli menstrual cup.
Sehinggalah pada perang dunia pertama, barulah disposable pads (tuala
wanita sekarang ini) muncul. Seorang jururawat Perang Dunia
pertama, ketika itu mereka menyedari bahawa kain pembalut yang mereka
gunakan untuk membalut luka tentera ternyata boleh mereka gunakan
ketika haid. Lalu pada tahun 1900-an, disposable pads dibuat.
kxtxx adalah brand pertama tuala wanita dibuat di Amerika pada tahun 1920.
Inovasi pun terjadi. Pada tahun 1960-an, tuala wanita yang menggunakan
belt mulai digantikan dengan tuala wanita yang menggunakan pad. Pad
tersebut berfungsi untuk menahan cairan pada bahagian bawah seluar
dalam. Bahannya pun diganti, yang pada mulanya menggunakan bahan wood
fiber dan cotton fiber, sehingga bahan-bahan lainnya seperti gel.
Sampai sekarang, inovasi tuala wanita terus dilakukan, yang disesuaikan
dengan keadaan dan perkembangan wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan