Emas dari dulu sehingga kini adalah simbol
kemewahan, simbol taraf sosial, simbol kekayaan seseorang.. jika dahulu
firaun membina menara emas, Abu Jahal menjual patung emas, Qarun
mempunyai Gudang Emas, kegilaan mereka tidak terkubur bersama fizikal
mereka didalam tanah, kegilaan itu tetap diwariskan anak cucu moyang
mereka di zaman serba canggih ini. Berikut adalah barang2 mewah yang
dihasilkan dari kegilaan manusia pada emas sebagai lambang kemewahan dan
taraf sosial.
1. Posche 911 ini dimiliki oleh jutawan Rusia, bodinya dihasilkan dari
40 pound emas 24 karat, bahagian dalamnya dihasilkan menggunakan emas 22
karat, bodi, stering, rims, aci pintu juga dihasilkan menggunakan emas.
Tempat paling selamat untuk parking kereta ini adalah di Bilik Kebal
bank.
2. Nintendo wii ini dihasilkan dari emas 22karat dan berharga sekitar
usd490k, sebelum ini ps3 dari emas pun turut dihasilkan dan dijual pada
harga usd320k di amerika.
3. Basikal emas bersalut emas 22karat ini digunakan oleh James Bond dan dikenali sebagai Goldfixie
4. Gold Desert bertahtahkan emas ini dihasilkan oleh Stephen Bruce di
Restoran miliknya Serendipity 3 atau lebih dikenali sebagai “Restaurant I
Won’t Be Taking My Girlfriend to For Her Birthday” berharga sekitar
usd25k, ia dihasilkan menggunakan emas 23karat, aiskrim dicelup emas
20karat, diamond dan truffle. (mengikut kajian, isotop emas boleh
meningkatkan kesan kanser dalam darah)
5. Tandas termahal di dunia terletak di Hong Kong. Dibina pada tahun
2001, seluruh tandas ini dibina menggunakan sebanyak 380kg emas 24karat
dan 6200 gemstones. semua bahagian tandas dari mangkuk, pam, baldi pun
dihasilkan dari emas, ia berharga HK $ 38 juta ketika dibina dan
sekarang bernilai HK $ 80 juta.
6. Kotak PC dihasilkan dari emas dan platinum ini dihasilkan oleh Zeus
Computer berpangkalan di Tokyo. Kotak PC platinum (jupiter) berharga
sekitar 80 juta yen (RM2.45m), manakala untuk kotak PC emas (Mars)
berharga 60 juta yen (RM1.84m). Ia dilengkapi dengan 3Ghz Processor
Core2 duo, GeForce 7200 dan 2G RAM.
7. Sstroller bayi bersalut emas ini dijual di Harrods dengan harga
UK6000 (RM30k) ia dilengkapi dengan sistem bunyi dan kain baldu. Semua
bahagian stroller termasuk roda, badan dan bumbung juga dihasilkan dari
emas 24karat
8. Tobias Wong, seorang designer yang mesra dipanggil “man who turn
everything into object” telah mencipta item emas berbentuk kapsul dari
emas 24karat, Menurut beliau, kapsul ini digunakan untuk menaikkan harga
diri kita, dengan menelan kapsul ini anda baru saja menaikkan harga
diri anda sebanyak RM1400.00. Kapsul ini boleh dibeli di internet.
9. Jika anda penulis ebook terkaya, pakar forex, dan seorang yang
mementingkan kemewahan, anda boleh order dari Sakura Kazo di Jepun
sebuah keyboard bersalut emas pada harga USD275 (RM900), keyboard ini
disadur dengan emas 24karat dan tidak memerlukan driver untuk diinstall
pada komputer dan menggunakan ruang USB untuk disambungkan ke komputer
peribadi anda.
Banyak lagi barang dari emas telah dihasilkan, bila berkemampuan semua boleh jadi kenyataan ( Mision Impolsible ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan