Di mata pelancong dunia, Filipina mungkin tidak
menarik dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara lainnya seperti
Thailand, Singapura, dan Malaysia. Namun, bukan bererti Filipina tiada
tempat menarik dari negara-negara jirannya. Berdiri di atas lebih dari
7.000 pulau, Filipina memiliki banyak pantai indah yang disokong oleh
iklim tropika yang hangat. Negara ini juga memiliki banyak bangunan
kuno dengan sentuhan gaya arsitektur Eropah. Berikut adalah beberapa
tempat menarik yang menjadi pilihan pelancong di Filipina.
1. Intramuros, kota lama Manila yang dipagari
Intramuros merupakan bandar terlama Manila yang dibina pada tahun 1571
semasa Filipina masih dijajah oleh Sepanyol. Akibat daripada itu, masih
banyak bangunan lama dalam kota lama ini yang mempunyai
ciri-ciri Sepanyol contohnya Fort Santiago. Tempat inilah tertangkapnya
wira negara, Jose Rizal sebelum dijatuhi hukuman mati.
Harga tiket masuk hanyalah P 75 dan tidak mengira sama anda pelancong
asing atau tidak. Selain Fort Santiago, terdapat 12 buah gereja di
dalam Intramuros. Antara gereja yang terkenal ialah Manila Cathedral
dan San Agustin Church. Ternyata, majoritinya orang Filipina menganut
agama Katolik tapi masih ada segelintir yang menganut agama lainnya
seperti Hindu, Islam dan sebagainya.
Selain gereja, Intramuros juga mempunyai hospital, bangunan-bangunan
komersial, kedai-kedai, universiti dan juga benteng askar.
2. Museum National
Musuem ini terletak bersebelahan dengan Intramuros. Anda hanya
perlu berjalan kaki dan menyeberang jalan raya saja untuk sampai ke
sini.
Terdapat banyak hasil lukisan dan skulptur dalam museum
ini. Masing-masing dengan nilai sejarah yang tinggi dan berfaedah
kepada anda. Dan kebanyakan lukisan begitu hidup sehingga sukar hendak
anda lepaskan pandangan.
3. Matahari terbenam di Manila Bay
Di Manila Bay, anda pasti akan ke pusat beli-belah yang terkenal di
Manila Bay iaitu SM Shopping Mall. Di belakangnya ada taman tema yang
berlatar belakangkan lautan luas Pasifik. Setelah itu, anda perlu
berjalan menuju ke laut dan menapak di satu tempat strategik untuk
melihat matahari terbenam.
4. Gunung Pinatubo
Sama seperti Indonesia, Filipina juga banyak gunung berapi aktif dengan
ketinggian lebih dari 1.000 meter. Salah satu gunung berapi yang cukup
popular di Filipina adalah Gunung Pinatubo. Gunung yang
menjadi sebahagian dari provinsi Zambales, Pampanga dan Tarlac ini kali
terakhir meletus pada 15 Jun 1991. Akibat dari letusan Gunung Pinatubo
menyebabkan masyarakat dunia dapat merasai kesannya dengan penurunan
suhu global hingga 0,5 darjah Celsius. Sehingga sekarang masih aktif
dan cukup berbahaya, Gunung Pinatubo menawarkan pemandangan yang cantik
dengan adanya danau kawah dengan air warna biru muda di bagian tengah.
5. Ladang Vila Escudero
Ladang Vila Escudero merupakan tempat yang tepat untuk menyaksikan dan
merasakan secara terus kehidupan dan kebudayaan tradisional Filipina.
Pada mulanya berfungsi sebagai ladang kelapa sawit, kawasan seluas 800
hektar ini kemudian dikembangkan sebagai tempat istirehat atau resort.
Di Ladang Vila Escudero, Anda boleh berjalan-jalan keliling
perkampungan, menyaksikan pertunjukan tari, berperahu di tengah danau
serta mengunjungi museum yang menyimpan benda-benda kebudayaan dan
sejarah Filipina seperti pakaian adat, guci dan porselen, perkakasan
antik, juga benda peninggalan Perang Dunia ke-II.
6. Enchanted Kingdom
Tidak mahu kalah dengan rekaan-rekaan Asia Tenggara yang memiliki
taman-taman hiburan berkelas dunia, Filipina membangunkan Enchanted
Kingdom yang dirasmikan pada tahun 1995. Taman hiburan seluas 17 hektar
ini bertempat di wilayah Santa Rosa City, Laguna, Filipina. Design
Enchanted Kingdom di Filipina diambil dari dua jaringan taman hiburan
terbesar di dunia, dengan pintu gerbang yang menyerupai Disneyland dan
design keseluruhan yang mirip seperti Universal Studios. Enchanted
Kingdom merupakan taman hiburan sangat popular di Filipina yang
dilawati oleh pelancong dari seluruh negeri.
7. Taman Negara Kepulauan Seratus
Jika di Jakarta ada Taman Negara Kepulauan Seribu, maka Filipina pula
ada Taman Negara Kepulauan Seratus. Dalam bahasa tempatan, taman
Negara ini dikenali dengan nama Kapulo-Puloan atau Taytay Bakes.
Mempunyai 124 pulau di Taman Negara Kepulauan Seratus, namun baru
3 pulau yang dikembangkan untuk pelancongan. Taman Negara
Kepulauan Seratus terletak di utara Filipina, tempatnya jauh dari
penempatan. Tempat ini menjadi habitat dari pelbagai jenis flora dan
fauna seperti monyet, dugong, penyu laut, keldai raksasa, juga piton.
Konon, Kepulauan Seratus di Filipina telah berusia lebih dari 2 juta
tahun.
8. Donsol
Pencinta alam dan penggemar haiwan air bersaiz besar wajib datang ke
Donsol, provinsi Sorgoson, Filipina. Kota pesisir yang terletak di
bahagian selatan Pulau Luzon ini menjadi destinasi popular untuk
menyaksikan ikan paus. Setiap tahun, khususnya antara bulan Februari
hingga Mei, sekumpulan ikan paus menampakkan diri di perairan dekat
Donsol. Petumbuhan plankton yang tinggi di perairan dekat Donsol menjadi
salah satu faktor penyebab singgahnya rombongan ikan paus ke kawasan
tersebut. Kini, Donsol dikenali sebagai “Ibukota Ikan Paus Dunia” di
mana pelancong boleh melihat secara dekat bahkan boleh berenang bersama
paus jinak berukuran 7-9 meter.
9. Sawah Teras Banaue
Sawah Teras Banaue, dalam bahasa Tagalog dikenali dengan sebutan Hagdan-hagdang Palayan ng Banawe,jangan
terlambat berkunjung ke Filipina. Sawah berliku liku yang berada di
lereng pegunungan di Ifugao ini telah dibangun sejak 2.000 tahun yang
lalu. Warga Filipina menyebut kawasan ini sebagai Keajaiban Dunia
ke-lapan. Sebabnya, sawah seluas 10.360 kilometer persegi tersebut
dibangunkan di ketinggian 1.500 meter dengan tenaga manusia (lebih
banyak menggunakan tangan). Konon, jika seluruh garis liku pada Sawah
Teras Banaue disatukan, panjangnya sama dengan setengah ukuran keliling
bumi.
10. Puerto Princessa Subterranean River National Park
Puerto Princessa Subterranean River National Park salah satu
sungai bawah tanah tercantik di dunia. Kawasan alam semulajadi yang
terletak di Palawan, Filipina, ini memiliki peranan penting sebagai
kawasan boidiviti dan habitat semulajadi burung. Puerto Princessa juga
dinobatkan sebagai salah satu Situs Warisan Dunia UNESCO. Di tempat
ini, anda boleh menyusuri sungai bawah tanah sepanjang 8,2 kilometer
yang berakhir di Laut Cina Selatan. Di bahagian mulut gua, terdapat
laguna kehijauan dan hutan yang menjadi habitat dari monyet, tupai,
biawak air, dan beberapa jenis haiwan aksotik.
11. Vigan
Ingin merasakan suasana negara Sepanyol tanpa pergi ke Eropah? Lawati
sahaja kota Vigan di Filipina. Vigan adalah salah satu kota gaya
Sepanyol yang masih ada di Filipina. Bentuk bangunan dan keadaan kota
di ibukota provinsi Ilocos Sur ini memiliki pengaruh yang kuat dari
zaman penjajahan Sepanyol. Keunikan kota Vigan membuatnya dinobatkan
sebagai salah satu Situs Warisan Dunia UNESCO. Terletak di pesisir
barat Pulau Luzon, Filipina, Vigan juga memiliki pantai cantik yang
menghadap terus ke Laut Cina Selatan.
12. Boracay
Anda akan menikmati pantai indah dengan pasir putih yang halus dan laut
biru jernih berbumbungkan langit biru dan awan putih. Boracay adalah
nama sebuah pulau kecil di tengah kepulauan Filipina, sekitar 315
kilometer ke sebelah selatan Manila. Keindahan laut dan pantai Boracay
menjadikan pulau tersebut sebagai salah satu destinasi pantai popular
di dunia. Pelancong mengenali Boracay sebagai kawasan terbaik untuk
riadah di Filipina.
13. Bukit Cokelat (Chocolate Hills)
Bukit Cokelat atau Chocolate Hills wajib dikunjungi oleh anda yang minat
menjelajahi tempat-tempat unik. Sesuai dengan namanya, Bukit cokelat
di kawasan Carmen provinsi Bohol, Filipina, memang berbentuk seperti
gumpalan cokelat raksasa yang tersebar di kawasan seluas 50 km persegi.
Terdapat sekitar 1.200 hingga lebih dari 1.700 gumpulan cokelat
raksasa di kawasan tersebut. Pada masa ini, Bukit Cokelat dinobatkan
sebagai Monumen Geologi Nasional ketiga di Filipina dan disyorkan untuk
di masuk kedalam Situs Warisan Dunia dari UNESCO.
Filipina sebuah negara yang mempunyai keindahan tersendiri yang perlu ada lawati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan