Halaman

Cara Selamatkan Telefon Bimbit Basah Terkena Air

Telefon anda masih boleh diselamatkan dengan langkah-langkah seperti berikut:

1. Buka ‘casing’ dan keluarkan bateri. Langkah ini harus diambil untuk menyelamatkan komponen-komponen di perangkat tersebut agar tidak rosak terkena air.

2. Lap menggunakan tisu atau kain lembut yang boleh menyerap air. Hati-hati semasa mengelap, jangan terlalu menggoyang atau menggerakkannya.

3. Keluarkan sisa-sisa air menggunakan penyedut hampagas [vacuum cleaner]. Jangan menggunakan pengering rambut kerana ini akan mendorong sisa-sisa air bergerak lebih jauh ke bahagian yang lebih sensitif.

4. Timbus handphone anda dengan beras kerana beras dapat menyerap air. Cara yang paling berkesan adalah dengan meletakkannya di dalam bekas yang berisi beras.

Beras memiliki sifat untuk menyerap kelembaban. Perlu waktu untuk melakukan cara ini. Lebih baik jika telefon tersebut dikambus dengan beras untuk semalaman.

Tiada ulasan: