PILIH CARA YANG PALING SESUAI
Jika bayi sering terbangun di tengah malam dan ibubapa merasa kualiti
tidurnya menurun, ada baiknya untuk mengajar bayi tidur. Sebenarnya ia
boleh menenangkan diri sendiri dan kembali tertidur kembali setelah
terjaga sejenak. Pilihlah cara yang paling sesuai dengan Anda dan si
kecil seperti berikut ini:
1. BERSIKAP DINGIN
Cara ini merupakan cara “paling kejam”. Tetapi , cara inilah yang paling
berkesan. Ibubapa boleh merasa kesannya dalam masa tiga hari. Caranya
dengan meletakkan bayi di tempat tidur. Setelah mengucapkan selamat
tidur padanya, tinggal saja sampai ia tertidur dengan sendirinya.
Sebahagian besar bayi akan menangis sebaik ibubapa menghilang
dari pandangannya. Tapi lama-lama, kerana tidak mendapat respons, bayi
akan faham dan akhirnya tertidur. Mungkin saja bayi akan menangis
lama. Terus terang, cara ini sangat keras dan menjadi pilihan yang
sangat sukar bagi ibubapa.
2. KENDALIKAN TANGISAN
Cara ini banyak digunakan ibubapa di banyak negara dan cukup
efektif menenangkan bayi ketika malam. Prinsipnya hampir sama dengan
cara no 1, iaitu biarkan bayi menangis. Bayi pun akan faham
dan akhirnya tertidur. Bezanya, cara ini memberikan waktu beza
yang dipanjang secara berangsur-angsur. Sebelum memulakannya, ibubapa
boleh memutuskan berapa lama anak akan dibiarkan menangis, minima satu
minit. Setelah meletakkannya di tempat tidur, ucapkan selamat malam
dan tinggalkan si kecil. Jika bayi tetap terjaga, kembalilah dalam
jangka waktu yang telah ditetapkan, contohnya 5 minit. Setelah bayi
ditenangkan, tinggalkan lagi dan kembali dalam waktu yang lebih lama,
begitu seterusnya hingga ibubapa boleh meninggalkan bayi paling lama 20
minit.
Lakukan hal itu pada malam berikutnya. Secara perlahan tingkatkan
beza waktu sebelum memeriksa keadaan bayi. Misalnya, jangan kembali
melihat si kecil sebelum 10 minit berakhir, lalu panjangkan waktunya
hingga maksimak 25 minit. Pada malam ketiga, setelah 15 minit ibu baru
boleh melihat bayi di katilnya, kemudian beza dipanjangkan menjadi 30
minit, dan seterusnya.
Walaupun lebih lembut dari cara pertama, cara ini mungkin tidak
efektif, terutama bagi bayi-bayi berkarakter kasar. Bayi juga boleh
merasa dipermainkan perasaannya. Untuk si kecil dengan karakter yang
lebih kooperatif, cara ini boleh dicoba. Kelebihannya, anak boleh
belajar berpisah dari ibubapa terutama ibunya tanpa kehilangan perasaan
emosi.
3. PUJUK BERULANG
Ini cara terbaik bagi ibubapa yang tidak boleh atau tidak
sanggup membiarkan bayinya menangis. Yakinkan si kecil, bahwa Anda
selalu berada dekatnya dan pujuklah dia untuk tidur. Penerapannya
sebagai berikut: ucapkan sesuatu kata kata sebelum bayi tidur, lalu
beredar dari situ. Bayi mungkin akan menangis. Jika itu
terjadi kembalilah dan ucapkan sesuatu kata kata, lalu tinggalkan.
Ulangi langkah-langkah itu sampai bayi tertidur.
Cara ini lebih lembut dan prihatin. Ibu boleh mengawal bayinya dengan
lebih mudah. Rasa selesa bayi juga terjaga kerana masih boleh melihat
ibu, walau agak berjauhan. Tempat tidur ibubapa dan katil bayi boleh
berada di dalam satu bilik.
4. BERI CIUMAN
Setelah meletakkan bayi di tempat tidur, ucapkan sesuatu kata kata dan
berikan ciuman. Berjanjilah untuk kembali lagi dan memberinya ciuman.
Beredar beberapa langkah sebelum memberikan ciuman kedua. Jika bayi
bergerak-gerak minta digendong atau menangis, jangan menegurnya, tetapi
baringkan kembali dan berikan ciuman perpisahan. Setelah
beberapa hari, kita akan tahu jumlah ciuman dan waktu yang diberikan.
Cara ini juga boleh dicuba. Anak merasa diperhatikan dan disayang.
Ketika rasa selesanya sudah ada, pemberian ciuman supaya boleh tidur
akan berkurang. Ia boleh menenangkan diri sendiri jika terbangun.
5. JAUHKAN DIRI PERLAHAN LAHAN
Baringkan si kecil, kemudian duduklah di sampingnya sampai ia
tertidur. Di minggu-minggu berikut, perlahan-lahan berpindahlah sedikit
lebih jauh dari tempat tidurnya, sampai akhirnya Anda tidak mesti
berada di dalam bilik saat bayi tertidur. Ia mungkin akan menolak setiap
kali ibubapa bergerak dari sisi tempat tidur. Jika ibu tetap tenang
dan tegas, penolakan tersebut akan berakhir hanya dalam waktu satu atau
dua malam.
Cara ini boleh memakan waktu lama dan memenatkan. sesuai bagi ibu yang
tidak sakit. Perasaan emosi, rasa selesa, dan perasaan dicintai masih
boleh dirasakan bayi.
Lima cara di atas boleh diterapkan secepat mungkin, Walaupun ada
ibubapa yang baru menerapkannya setelah bayi berumur 3 bulan ke atas.
Jadi, ibubapalah yang paling tahu bila harus memulakannya. Satu perkara
yang pasti, apa pun cara yang diterapkan jangan cepat mengalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan