Halaman

Cara Beli Tiket AirAsia Termurah

Dapat beli tiket AirAsia online murah  makna ada penjimatan dan untunglah lebih. Jom baca cara beli tiket  murah AirAsia terbaik sebab nak dapat tiket percuma AirAsia bukannya  senang.

1. Beli Tiket sendiri secara online
Perlu diketahui, jika beli tiket AirAsia dari mana-mana travel  agensi ia akan lebih mahal dari beli sendiri jika ada promosi. Ini  kerana AirAsia tidak beri harga promosi kepada pihak travel agensi.  Bahkan jika anda beli tiket AirAsia dari travel agensi, selain kena  bayar duit tiket anda juga perlu bayar upah khidmat sebanyak RM20-RM30  kepada syarikat travel tersebut. Nasihat pertama saya ialah urus  sendiri pembelian adalah cara terbaik beli tiket murah AirAsia.  RM20-RM30 yang dibelanjakan tu belum termasuk duit minyak, masa dan  tenaga yang diguna untuk ke tempat pembelian tersebut.

2. Bayar menggunakan bank online
Jika tiket berjaya ditempah sendiri melalui internet, cubalah bayar dengan menggunakan sistem debit iaitu transfer cash  dari mana-mana bank terpilih bukan menggunakan kad kredit kerana  AirAsia akan mengenakan cas tambahan bagi transaksi yang menggunakan kad  kredit kecuali mengguna kredit kad yang dikeluarkan oleh AirAsia.  Elok-elok nak dapat murah jadi mahal pulak. Menggunakan kad kredit dalam  pembelian tiket AirAsia bukanlah cara terbaik beli tiket murah AirAsia.  Cas yang dikenakan bukan pertransaksi tapi mengikut jumlah kepala atau  penumpang yang anda belikan tiket untuk mereka.


3. Waktu membeli tiket paling murah
Ilmu yang saya dapat dari seorang kawan katanya AirAsia biasanya akan buka harga promosi yang paling murah pada waktu tengah malam antara jam 1 – 5 pagi.  Setakat ni saya rasa macam betul jer petua yang kawan tu ajarkan tapi  bukanlah setiap malam harga promosi tu ada. Ramai yang kata kalau beli  awal berbulan-bulan sebelum tarikh penerbangan adalah cara terbaik beli  tiket murah AirAsia, sebenarnya tidak juga begitu. Pernah sekali saya  beli awal 2 bulan tapi kawan yang beli 5 hari sebelum terbang lebih  murah dari harga saya beli.


4. Tips lain untuk tiket mural AirAsia
Ada beberapa lagi petua cara terbaik beli tiket murah AirAsia. Saya sebut secara ringkas jer.



  • Tidak perlu beli insuran yang ditawarkan.
  • Tidak perlu tempah makanan jika penerbangan singkat. Makan siap-siap sebelum terbang atau makanlah selepas sampai ke destinasi.
  • Pastikan timbangan yang dibayar sekadarnya sahaja, AirAsia siap  meletakkan 20kg kalau anda tidak tukar kepada 15kg bermakna anda perlu  bayar apa yang anda tidak perlukan.
  • Tidak perlu memilih tempat duduk.

Tiada ulasan: