Halaman

Tips beli telefon bimbit baru

Zaman skrg tukar telefon bimbit atau bahasa omputihnyer handphone( HP) macam tukar baju je kan.Blh kata setiap bulan keluar model hp baru yg lbh up to date  daripada segi spesifikasinya.Hp yang kita baru beli ari ni saya jamin  beberapa bulan dari skrg akan ketinggalan dek ditinggalkan oleh hp yg  lbh canggih.Begitulah hebatnya penangan teknologi masa kini.
Di sini saya ingin memberikan tips bagi  mereka yang baru pertama kali mahu membeli hp atau bagi mereka yg tgh  berkira-kira nk tukar hp len ker.Matlamat utama tips ini adlh utk  menjadikan anda pembeli yang bijak dan tidak senang ditipu oleh  penjual.Sesetengah tips yg diberikan sedikit ‘advance’ bagi memberi  kelebihan kpd anda sebagai pembeli

1) Tentukan bajet anda:  pastikan anda telah ada duit yang mencukupi bagi membeli hp.Ini kerana  jenis hp sememangnya bergantung kepada nilai wang yang anda  keluarkan.Jika anda hanya ada RM500 maka anda hanya boleh beli hp yang  spesifikasinya adalah sederhana sahaja.Kos RM500 tersebut pula perlulah  diambil kira aksesori len yang wajib ada pd hp seperti casing,memori kad  dan screen protector.Katakanlah kos aksesori tersebut adalah RM100,jadi anda perlu cari hp yang berharga dalam RM350-RM400.

2) Jenis hp yang anda mahu:   sekarang tanya diri anda sendiri apakah model hp yang anda mahu.Hp  yang biasa2 atau yang lbh canggih? Laman web terbaik utk melihat semua  model hp adalah di gsmarena.com  Di laman web ini anda boleh melihat secara lbh detail berkenaan sesuatu  hp dari segi reka bentuk,spesifikasi,kelebihan,kekurangan dan juga  komen dari mereka yg telah menggunakan hp tersebut.

3) Kenalpasti harga pasaran sebenar hp:  Sebelum membeli hp,pastikan anda tahu harga pasaran hp tersebut di  kedai.Cara yg terbaik ialah anda survey dulu di lmn web seperti mudah dan lelong.Biasanya harga hp yg dijual di kedai sebenar tidak banyak beza dengan harga yg dipaparkan dalam internet.Anda akan dapati beberapa perbezaan harga di antara kedai yang berlainan.

4) Original atau Authorized Product(AP) set:  kebanyakan kedai menjual samada set hp original atau AP set.Utk  pengetahuan anda,original set adalah set hp yang didapati terus daripada  kilang pengeluar sebenar dan diimport oleh pengedar yang sah.Manakala  AP set pula mungkin didapati bukan dari pengilang sebenar dan diimport  oleh pengedar yg tidak disahkan oleh company pengeluar hp.Kualiti model hp AP set ini biasanya sama seperti original dan membezakan kedua-duanya adlh daripada segi warranty  sahaja.Model original biasanya mempunyai warranty 1 tahun manakala  model AP adalah 2 tahun.Warranty 1 tahun bermaksud anda boleh membaiki  hp tersebut jika ada mslh di mana2 service centre  seluruh msia.Warranty 2 tahun pula bermaksud anda hanya mendapat  jaminan dari kedai hp yang anda beli sahaja.Apa2 mslh berkaitan hp anda  boleh rujuk pada kedai tu shj.Harga hp AP set juga biasanya murah dlm  RM150-RM300 daripada model original.

5) Beli di kedai mana? :  Sy syorkan terlebih dahulu anda pergi dahulu di kedai yang hanya  menjual satu jenama hp sahaja.Katakan anda mahu membeli hp jenama Samsung,jadi  anda perlu pergi ke kedai pengedar Samsung.Selepas itu baru lah anda  pergi ke kedai len yang mnjual bnyk jenama hp dlm satu kedai.Ini kerana  terdapat perbezaan harga yang amat ketara di antara 2 kedai yang  disebutkan tadi.Biasanya kedai yang hanya menjual 1 jenama hp saja lbh  mahal dalam RM300-RM400 daripada kedai yang menjual banyak jenama  hp.Mana satu anda pilih? mesti yang lebih murah kan.Sebaiknya anda  survey beberapa buah kedai terlebih dahulu dan cuba tawar menawar  sedikit dengan penjual.Kalau dpt best price tu ok la.

6) Periksa IMEI hp: IMEI ni spt identiti hp kerana setiap jenis hp mempunyai imei.Cara anda cek IMEI adalah dgn menekan butang keypad nombor *#06# Jika berjaya keluar nombor 15 digit itulah imei hp anda.Utk hp yang menggunakan android,pergi ke bhg setting,about device,status  dan anda boleh lihat IMEI di situ juga.IMEI ini perlulah sama di  bahagian belakang bateri hp,kotak hp dan juga di dalam hp itu  sendiri.Cthnye jika IMEI pada kotak hp berbeza dengan IMEI pada dlm hp  berkemungkinan anda mendapat set hp yg palsu.Jadi berhati-hati dan cek  IMEI betul2.

7) Cek about device (utk android): anda pergi ke bhg setting seterusnya pilih about device.Di sini anda boleh melihat maklumat penting berkenaan hp itu seperti model number  dan juga android version.Seterusnya pilih status dan anda boleh melihat  maklumat len seperti up time dan juga device status.Penting di sini utk  pastikan up time adalah 0:00:00 .Up time ini bermaksud kiraan hp anda  dari pertama kali on power.Juga pastikan device status adalah normal dan  bukan modified.Jika up time anda terlalu banyak anda boleh syaki hp  tersebut telah di on sebelum ini.Manakala jika device status adalah  modified,hp tersebut telah di ‘root’ iaitu telah diubahsuai.Saya  sarankan jika anda dapati perkara ini berlaku,jgn beli hp tersebut  kerana hp tersebut telah orang pakai sebelum ini dan berkemungkinan  adalah palsu dan made in china.

8) Cek hardware (utk android & Samsung): tips ini bg sy lbh advance krn ramai yang tidak tahu mengenai ini.Di bhg keypad number tekan butang *#0*# Jika berjaya akan keluar satu menu yang memaparkan test yang anda boleh jalankan pada hp tersebut seperti sensor,touch,led,speaker,front  cam.Anda boleh klik kesemua pilihan tersebut dan jalankan test tersebut  utk memastikan hp anda betul2 dalam keadaan terbaik.

Tips#8 ekstra:  tips nie dapat dari penjual kedai utk memastikan hp anda adalah  original dan bukan made in china.Pada test tersebut anda pilih front cam.Jika  front cam aktif,anda boleh lihat kejelasan camera hp tersebut di skrin  samada  jelas atau kabur,Biasanya,bg hp original front cam adalah jelas  dan terang manakala hp made in china front cam adalah kabur.Sy sendiri  buat perbandingan ini di kedai.Mmg nmpk perbezaan ketara.

9) Beli setelah puas hati cek:  Ya,anda hanya perlu beli hp tersebut jika set tersebut benar2 berada  dlm keadaan baik dan memuaskan hati anda.Cuba praktikkan tips di atas  dan anda akan mempunyai kelebihan dari tuan kedai itu sendiri dan  seterusnya menjadi pembeli yang bijak dan tidak mudah ditipu.

Tiada ulasan: