Petrosains memang bestlah! Macam-macam boleh
buat kat sana. Petrosains berada di tingkat 4 bangunan Suria KLCC. Bagi
yang belum pergi, apa kata ambil kesempatan untuk bawa anak-anak ke
sana. Yang tak ada anak pon patutnye kena pergi. Best tempat nih!
Nak tau apa yang menarik kat Petrosains?
1. Kita leh belajar tentang sains - betapa mudah dan simple sebenarnya nak belajar sains nih
2. Boleh tengok pameran-pameran
3. Dapat rasa sendiri aktiviti sains seperti Dark Ride, Petrojaya, Geotime Diorama dan banyak lagi!
Tempat ni bagus untuk memupuk minat anak-anak kepada sains.
Tukarkan persepsi diorang yang sains ni bukannya membosankan, tetapi
sebenarnya amat menarik!
Harga tiket masuk Petrosains seperti di bawah :
Bagi yang tak tahu, kita leh dapat diskaun masuk ke Petrosains. Antara yang membolehkan kita dapat diskaun :
1. Ahli KFC Chicky Meal - dapat 15% diskaun
2. JCard/Aeon Member atau Aeon Credit Card - 15% diskaun tak kira dewasa atau kanak-kanak
3. Ahli kelab Rakan Muda - 15% diskaun gak
4. Pemilik kad Mesra (kad yang boleh collect points kalau beli minyak kat stesen Petronas) - sama gak 15%
5. Pemilik kad Plusmiles - beli 2 tiket leh dapat tiket ketiga dengan diskaun 50%
6. CIMB Junior - leh dapat 15% diskaun
7. Ahli i-Kid Club - 15% diskaun
Jadi jangan lupa bawa kad-kad di atas sebagai bukti untuk dapat tiket yang super-murah!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan