Halaman

Kenangan Berhari Raya Era 80an

Mula-mula aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca. Maaf zahir dan batin jika ada terasa dgn penulisan aku, hari raya tahun ni aku sambut seperti biasa, cuma rasa seronok tengok gelagat anak aku di hari raya, bagi isteri aku hari raya tahun ni amat memilukan kerna Ibu mertua aku tak dapat bersama kerna telah pergi selama nyer. Bagi aku ini tahun ke 3 aku beraya tanpa ayah. Itu lah perjanjian kita dengan Allah...yg hidup akan mati.

Hari raya ke 3 aku dah pulang ke kota. Walaupun sekejap tapi kemeriahan raya terasa bila berjumpa nenek dan sedara mara di kampung. Kepulangan aku sekeluarga di sambut dgn wajah ceria nenek. Itu pun dah puas bagi aku. Sedang aku duduk sendirian di anjung rumah berteman kan cahaya pelita dan bunyi mercun yang sahut menyahut tak putus-putus, aku teringat kenangan masa kecil beraya dulu. Banyak tradisi malam raya yg aku dah tak jumpa lagi. masih ingat lagi tak Mercun katak, mercun tarik, mercun buluh, mercun tanah, pergi takbir rumah ke rumah di malam raya, puas keliling satu kampung jalan raya untuk cari duit raya, lepas tu kumpul beli barang mainan atau main tikam-tikam....beli bunga api. Banyak sangat kenangan indah tak terkira. dan memang aku rindu semua tu. Dari awal puasa dah terasa keseronokan nyer dengan sembahyang terawih, moreh, berbuka puasa dan sahur. Dan menunggu ikatan janji oleh emak kalau puasa cukup dapat duit upah....hishh memang seronok.

Tapi sekarang banyak dah berubah oleh zaman. Budak-budak sekarang tak macam dulu...sibuk dengan siber cafe, FB, rempit, disko, game, internet. Aku rasa nak tengok anak aku gi main keliling kampung, main pasir, pergi beraya dengan kawan-kawan. Tapi tu semua tiada. dengan keadaan keselamatan yg kurang sekarang memburuk kan lagi keadaan.


KENANGAN MANIS AKU BERAYA ERA TAHUN 70-80an....


Kenangan Aku yg ingin aku kongsi kan dari mula bulan posa sampi lah ke hari raya. Oleh kerana keluarga aku susah, ayah aku ada mengambil upah membersih kan halaman rumah seperti mesen rumput, menebas lalang dan memcuci kawasan rumah di sekeliling kawasan tempat tinggal aku. Biasa nyer hari sabtu dan ahad sebab aku boleh tolong sama. Masa tu aku tak faham, selalu merungut kerana penat buat kerja semua tu..tapi sebab ayah garang aku turut kan jua. Walaupun penat bekerja di tengah panas...ayah tetap berpuasa..aku jer yg tak tahan..kadang2 curi minum air paip....sebab ayah dah pesan puasa walau macamana susah pun. Biasa lah masa tu...
umum puasa dan raya paling di tunggu-tunggu


Waktu berpuasa banyak dugaan, tapi kalau time sekolah biasa nyer aku puasa...sbb tak dapat duit belanja sekolah..duit cuma di beri waktu petang supaya aku dapat membeli "jajan" untuk di makan bila waktu berbuka. Dan bila berbuka masa tu semua masakan di masak oleh emak..waktu tu mana ada bazaar ramadan. Air paling Fav aku sirap biji selalih...
"jajan Fav aku..TORA!!!!!


Bila malam lah paling seronok sebab aku dapat lesen keluar rumah waktu malam untuk pergi sembahyang terawih..masa dulu bukan senang nak keluar malam...bukan mcm sekarang keluar tak balik-balik pun ada. Biasa nyer sembahyang terawih separuh jer..lepas tu lesap pi main mercun dan bunga api. Seronok sangat sampi ada masa baju aku berlubang kena mercun...waktu tu yg famous mercun tarik, katak, Thunder clap, mercun padi dan paling unggul mercun buluh. Habis tak cukup tanah lari di hambat ayah aku bila dia dapat tahu.
yg ni Fav aku...bakar 1 per 1


Bila time nak beli baju raya lah yang paling seronok. Selalu nyer 2-3 pasang aku dapat..dengan kasut baru, semua baru. Ayah kata tuu upah tolong mesin rumput semua. Tak sia-sia juga kan. Mak dan ayah juga sama...baju fav Ayah biasa nyer brand Depper sampi sekarang aku ingat.

Bila nak balik kampung pula...Ayah dah pesan esok bila ko dah besar ayah atau mak dah takder..ingat balik kampung tengok nenek dan atuk dan semua makcik-makcik kau...cari sedara-mara kita...jangan sombong..macam mana susah pun kena cari jalan dan duit untuk balik beraya di kampung. sama macam ayah. macam-macam kerja di buat nyer untuk belanja balik kampung. Di sebab kan kami tiada kereta dan ayah cuma ada motorsikal. kami biasa nyer nak bas, dari kajang ke Seremban ke Melaka. Seronok masa tu..cuma penat bawak beg yang berat. kadang-kadang kami sewa teksi pakcik jika dia ada hantar orang ke kuala lumpur. Biasa nyer aku akan balik awal..2-3 hari nak raya sebab ayah nak merasa puasa di kampung.



Bila ni kampung...keseronokan nak berhari raya mula terasa sangat. Rumah dah kecoh dgn acara buat kueh raya...tugas aku biasa nyer masuk kan kueh-kueh tu di dalam balang. masuk 3 keping satu masuk perut aku hehehehehe.....Bila dah sampi petang raya..tugas aku merebus ketupat...berair-air mata pedih menahan asap. dan Hidangan fav aku ketupat cecah sambal udang....pergh...sampai 4-5 biji ketupat aku sebat sekali makan...sampi lah sekarang sambal udang tu aku takkan miss. Lagu-lagu raya juga dah start berkumandang di corong-corong radio..lagi lah meriah...

Bila semua sepupu-sepapat aku dah mula sampai lagi lah kecoh rumah nenek aku. Riuh rendah. Dan yang paling aku rindu suasan sana di malam dan pagi raya di kampung aku dulu...Setelah selesai kenduri baca takbir aku akan joint sekali pergi rumah-rumah untuk takbir raya..malam tu saja habis keliling kampung kami pusing melaungkan takbir raya...ramai..kadang-kadang sampai 20-30 orang. Bila pagi raya selesai solat subuh...rumah nenek aku dah start budak-budak kampung serbu...nak salam di pagi raya..pagi giler tuu...selalu nyer anak2 orang susah dan miskin..sebab nenek aku, ayah dan semua makcik-pakcik aku akan bagi duit raya pada semua yg datang. Ayah ada pesan kalau mampu bagi jer..biar sikit pun takper janji sedekah. Setelah siap denga baju melayu raya..kami sekeluarga akan berkumpul ramai untuk konvoi berjalan kaki menuju ker kubur. hanya 1-2 makcik aku yg tinggal. jarak rumah nenek ke kubur ada dalam 1km..masa ni lah seronok dan indah nyer pagi raya..bila di petengahan jalan..kami akan bertembung dengan group-group dari keluarga lain pulak...kesudahan nyer berduyun-duyun berjalan kaki menuju ke kubur....alahai indah nyer suasana masa tu...Baru sekarang aku terasa sangat keindahan nyer.

Kini ayah pun dah takder...tapi aku masih mengekal kan tradisi-tradisi tu walaupun tak semua...Kehilangan mu ayah amat terasa, tapi aku redha dgn ketentuan Allah. Barulah aku ingat semua pesanan dan ajaran mu ayah...akan aku junjung selagi ada kudrat dan hayat ku..Alfatihah untuk mu ayah semoga Roh mu di cucuri rahmat. Amin.......

Lagu satu hari di hari raya dendangan M Nasir cukup menyentuh jiwa aku...bila lagu tu aku rasa nak sangat cium tangan ayah....
untuk yg dah lama tak balik kampung tengok mak ayah nenek atuk atau sanak saudara pulanglah..kepulangan mu di nantikan.

Tiada ulasan: