Di akhir akhir ini pelbagai ragam manusia boleh
dilihat oleh kita, yang pelik, yang menarik dan tidak kurang yang
dianggap bodoh, Jom kita tengok beberapa gambar untuk tatapan kita
bersama.
1.Pemanggang Daging Paling Hebat
Jika tiada alat pemanggang boleh mencuba troli barang, tahan dan cepat masak.. dan FREE kot sebab pinjam pasaraya punya
2.Pembakar Hotdog Terkini
Biasa kita bakar hotdog satu persatu tapi kali ini berbelas boleh bakar
sekaligus, mungkin lebih. Cara ini bukan sahaja dapat membakar dengan
banyak sekaligus tetapi selamat dari terkena bara api.. Fikir fikirkan
3.Jam pengera Terus Bangun
Sesuai untuk yang payah bangun tidur walaupun bunyian pengera jam sangat
kuat, letakan paku semat di atas penutup pengera jam tersebut saya
jamin anda akan terus bangun dari tidur.. Risiko tanggung sendiri
4.Roti Hotdog Cuci Mulut
Kalau berani cubalah, 2 dalam 1, makan terus cuci mulut anda... Mudah dan cepat
5.Lampu Tambahan Tanpa Kelulusan JPJ
Paling sesuai dilakukan ketika gaji lambat lagi masuk atau orang yang
ingin berjimat duit , untuk kelulusan cuba bawa Puspakom, agak kena
baling sepana tidak?
6.Pencukur Bulu Pakai Buang
Amacam tengok gambar pencukur ini agak agak boleh buat tidak? Ini
dinamakan menjaga pencemaran alam sekitar, garpu plastik yang tidak
digunakan kitar semula, anda jimat anda selamat.
Sebenarnya banyak lagi yang kreatif boleh dicuba oleh anda, tetapi semua percubaan atas tanggungan sendiri, selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan